TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, January 15, 2010

Home » , » Kalaulah Aku Boleh Ke...

Kalaulah Aku Boleh Ke...

Aku sambung ayat ni ok...Kalaulah aku boleh ke Selangor minggu depan, huhu (naik flymas, macam dalam iklan nuff sekarang ni, hehe..).. Minggu ni aku sibuk dengan persediaan menyambut ketibaan kawan baik aku yang datang dari Sibu, Sarawak. Aku memang baik dengan dia ni masa belajar degree dulu. Semua suka duka kami berkongsi bersama, masa belajar pun kami sentiasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat kalau ada masalah yang kami tak faham. Hmm...hampir 3 tahun juga aku tak berjumpa dengan kawan aku yang sorang ni. Dia baru saja melangsungkan perkahwinannya 2 tahun yang lalu..entah macam mana dah keadaan diri dia sekarang. Biasalah kalau orang perempuan ni, mesti nak tanya "Eh, gemuk sudah la, makin cantik nampak, apa rahsianya..". Jangan jawap "rahsianya, aku masak nasilah.." hehe.. Dia bercuti di Sabah ni selama seminggu.

Jadi, kalau aku jarang nak balas komen-komen yang ada, ataupun tak balas balik blogwalking korang, janganlah kecil hati ya...boleh la baca entri-entri yang lepas-lepas. Oh ya, aku baru teringat, ada seorang subscriber aku di blog aku yang lagi satu (warnniemusah.com) sudah habis "mengkhatam" blog aku yang belum berusia setahun ni...:) Sungguh terharu aku.... Aktiviti berblogging aku yang sekadar suka-suka ini dengan tujuan memberi sesuatu yang berguna akhirnya dihargai juga..



Apapun tujuan kita berblogging, (boleh lihat tulisan seorang problogger, rohaizad dot com mengenai Motivasi Blogger Dalam Berblogging), aku rasa perlunya wujud satu perasaan untuk memberi sesuatu yang berguna kepada pembaca blog. Jadi, sebelum aku nak mengakhiri entri blog aku ni, aku nak beri suatu informasi yang berguna jugakla untuk korang semua. Yup, terdapat sebuah seminar yang akan dijalankan pada 23 Januari 2010 ini yang akan dijalankan di UIA, Gombak Selangor bermula pada pukul 8:30pagi sehingga 5petang. Seminar ni wajib kalau korang... :

* Masih belum mengetahui 100% perkara-perkara yang akan dibongkarkan di dalam seminar ini kelak
* Ingin tahu bagaimana Saudara Syazwan masih boleh menjalankan perniagaan online dan offline walaupun beliau kini masih bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat minyak terkemuka malah seringkali berada di tengah lautan !
* Ingin mengetahui bagaimana Saudara Amirol mampu untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa dan berjaya menghasilkan pelbagai produk digital walaupun beliau mempunyai kelayakan sarjana muda dalam bidang yang amat berlainan sekali !
* Ingin membongkar bagaimana Saudara Labanon mampu menjadi usahawan sepenuh masa walaupun beliau hanyalah seorang remaja berumur belasan tahun !
* Ingin mengembangkan perniagaan ONLINE mahupun OFFLINE korang
Kalau aku tinggal kat semenanjung nun, tentu aku akan ada peluang untuk bertemu dan berguru dengan mereka yang telah pun berjaya ni...huhu.. Aku rasa tak berbaloi harga seminar yang ditawarkan tu. Kalau letak ratus-ratus pun masih lagi berbaloi. Sesiapa berminat nak join seminar ni, boleh join sini.



10 comments:

Si budak Aboi said...

berbaloi-baloi hehehe mcm iklan celcom!

Donny Ien said...

hi mandak,
lama nda singah..kau pigi kah itu seminar tu?jangan lupa share2 ar.. :)

Adney said...

Jom turun semenanjung... nape tak turun? kerjakah? belajar? huhu

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Yup, berbaloi-baloi..aboii tak pegi ke?
Kalau pegi share la skit pengalaman yer..:)

: bluedianthus : said...

@ Donney..
Ndapa, semua orag pun bz suda cari duit online skrg..hehe
Sy nda dapat pigi tu...ada kelas mo ajar..ko pigi la..
Nanti kongsi di blog, nnt sy rajin tu datang blog ko..hehe..:)

: bluedianthus : said...

@ Adney..
I wish I could..but sad to say..I can't make it there..
Masih belajar & mengajar...
Kalau pegi..bole la share2 yer..:)

Si budak Aboi said...

pergi seminar tu eke cik dian? taklah kot..masa sgt2 pact!

Good Nutritionist said...

Siapa yang berjaya 'khatam' tu :) Teruskan menulis dan semoga berjaya

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Saya tak pegi la Abooi...23hb tu ada aktiviti lain..
Lagipun, siapa nak sponsor tiket nak pegi sana? Flymas? huhu..

: bluedianthus : said...

@ Good Nutritionist..

Hai Good nutritionist, adala salah seorang pembaca ebook percuma saya..
Ini percbaan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL saya ..hehe..
Terima kasih, selagi masih bernyawa kan terus menulis...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails