TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, January 19, 2010

Home » » Bunuh Diri, Ada Cara Yang Lebih Baik Tak?

Bunuh Diri, Ada Cara Yang Lebih Baik Tak?

Kelmarin aku balik awal dari UMS, hampir-hampir saja kereta kancil aku tak lepas nak sampai rumah. Hujan punyalah main lebat. Dah banjir pun di bahagian Politeknik Kota Kinabalu. Syukurlah selamat juga sampai rumah..dan berpeluang nak tulis entri baru dalam blog aku yang menjadi diari umum aku...hehe.. Cubalah kita bayangkan kalau tiba-tiba ajal datang menjemput, macam mana dengan blog-blog kita ni? Kawan-kawan blogger yang ada pun tentu tak tau kejadian sebenar. Lepas tu, diorang keep on leaving messages kat shoutmix..kalau ada yang jawap? titik, titik, titik...fikir sendiri...

Aku nak kongsikn beberapa perkara yang telah pun aku baca dalam buku HM Tuah (jangan marah,  aku ni memang peminat setia buku-buku HM Tuah ni..hehe). Beliau mengatakan orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri. So, tak payahlah kita nak hairan bila kita dengar ada orang kata, "Dia tu dulu sama sekolah ngan aku, masa sekolah bodoh bukan main. Sekarang dah jadi professor. Macam tak percaya pulak aku."

Itu satu kisah yang lain, dengar baca pula kisah sorang yang bernama manusia ni lagi, "Aah, satu sekolah ngan aku dulu. Keluar result, aku lulus dia kantoi. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial nak pengsan ambil periksa. Tiba-tiba pulak jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara yang betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana. "...


Tengok tu, (tengok mana??..hehe..) manusia memang sudah "terbiasa" akan berkata sesuatu terhadap kita. Tak kisah lah kita kenal ataupun tidak siapa mereka tu. Tak kisah juga samada kita ni orang "kecil "ataupun orang "besar" (istilah ni ok sikit nak guna..), kita tetap akan menjadi perbualan manusia. Dunia sekarang ni, dalam mengejar ilmu (tak kisah la diploma, degree, master atau PHD), paling tidak pun akan habis masa 3 tahun sebelum diberi pengiktirafan (ala, macam Grammy Awards tu, hehe..). Kalau lebih pendek daripada tu, mulalah dikata orang, "Ala, memanglah sebab dia guna cabel electric". Begitu juga dengan jawatan-jawatan tertinggi, kalau dapat naik pangkat secara mendadak, mula la keluar suara sumbang, "Ala, dia tu mesti suka "kipas" bos.

Adei, tak kuasa aku nak layan...hehe.. Begitulah manusia. Jadi korang-korang semua tak payah la nak berkecil hati, bersedih sampai nak terjun bangunan. Bunuh diri, Tuhan tak suka la.. Tak ada kesudahan pun kalau asyik mengambil kira apa yang orang lain cakap. Tak boleh nak kawal mulut diorang tu. Jadi, abaikan saja dan stick to the plan. Yang penting, kita tahu dan yakin tindakan yang kita buat adalah betul.

p/s: Yang penting ada plan B... :)


15 comments:

taqie said...

myb dia jd kaya sbb kna durian runtuh kot..hehe

..nOj.. said...

oh betul tu... yg bunuh diri tu seme pendek akal. eh bodohnye lahai. mensia2kan kehidupan yg diberi, sedangkan org yg sakit2 tu beria bertarung nyawa nk idup... huh

btw sis, para 1st tu mmg gerun la nk baca

Si budak Aboi said...

emm kdg2 kan ssh jugak klu ari2 dok dgr kate2 negatif nie..lame2 ble mempengaruhi life kite klu x dpt nk hdpinye kan..!

: bluedianthus : said...

@ taqie..
Hai taqie..
Yup, durian runtuh tu sudah rezeki..
apalgi klu rezeki itu diberkati Tuhan..
(macam bagus je ayat aku ni..hehe..)

: bluedianthus : said...

@ n0j..
Hai n0j..
yup.betul tu..ada akal tapi tak reti nak guna...mereka ni la yang paling malang.. Orang berhabis cari rezeki nak hidup, yang terlantar kat hospital kuat semangat nak hidup bukan main...Ni senang2 je nak le bagi nyawa..

Gerun ke? Saya sendiri pun rasa gerun ni..hihi..Tak tau nak wasiatkan blog ngan siapa lepas ni..:)

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Yup...kadang2 tu memang susah jugak..hari2 dengar kata-kata negatif..Kalau boleh tinggalkan saja orang yang suka cakap negatif ni..Lagi senang kan Abooi..:)

♥CIK SHA♥ said...

sokong2..sha pun peminat DR TUAH jgk..hehehe...

: bluedianthus : said...

@ CIK SHA..
Hai Cik Sha..yup, gaya penulisannya saya sangat suka...sempoi tapi terkesan di hati...:)

zairi faiezil said...

Salam Motivasi.

Biase la lumrah kehidupan dan adab resam melayu yang mempunyai hasad dengki dan cemburu atas kejayaan orang lain. Usah kita membunuh diri sekiranya sesuatu yang kita hajati tidak kesampaian...

Framestone said...

cara terbaik... terus jadi bos or CEO... sure xde org nk tuduh bukan2 kan he..23x

BroFramestone Blog

: bluedianthus : said...

@ zairi faiezil,
Ya, hasad dengki dan cemburu tak bertempat kan. Sepatutnya kita haruslah bersaing secara sihat dan bukannya dengan hasad dengki. Membunuh diri membuatkan seseorang itu paling malang di antara manusia.

: bluedianthus : said...

@ Framestone,
Hai Framestone..:) Jadi bos or CEO, masalahnya kebanyakan daripada kita tidak dilahirkan dalam keadaan "silver spoon"..Tapi takpe, boleh jadikan sasaran CEO ni untuk berjaya...:)

hishamuddin said...

buat bungge jumping..masuk sukarelawan polis..sekarang polis nak pakai banyak...risiko pun banyak

hishamuddin said...

masuk sukarelawan dalam organisasi NGO..berkat selamat..........

: bluedianthus : said...

@ hishamuddin...
wah ini kes bunuh diri cara halus ke..hehe..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails