TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, January 13, 2010

Home » , , , » [MAYA] Apa Yang Anda Nak Kejar?

[MAYA] Apa Yang Anda Nak Kejar?

, Dulu waktu aku belajar kat semenanjung nun, aku selalu ketinggalan bas bila nak turun bandar ataupun nak ke tempat-tempat yang memerlukan aku untuk menggunakan kenderaan yang wajib bagi seorang pelajar yang sederhana macam aku ni...huhu..Apalagi, selalu la aku berlari-lari supaya pemandu bas tu faham itu tandanya aku nak naik bas tu... Sekarang walaupun tak lagi terpaksa menunggu lama untuk ke destinasi yang ditujui, sekali sekala tu "buang tabiat" juga naik bas pegi ke kampus...haha...

Adoi..bukan tu yang aku nak perkatakan kali ni. Aku nak cakap pasal PageRank dan juga TrustRank sesuatu blog. Walaupun aku ni memang tak tahu tentang benda-benda alah ni, tapi perasaan ingin berkongsi yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis serba sedikit yang telah aku ketahui daripada pembacaan aku. Membaca tu kan amalan mulia...:)

PageRank atau lebih dikenali sebagai PR, seperti yang para semua blogger maklum adalah merupakan salah satu cara pihak Google untuk mengenalpasti sama ada sesuatu web/blog itu mempunyai authority ataupun tidak. Pagerank mempunyai level dari 0 sehingga 10. Sebahagian besar blog/website selalunya akan berada pada kedudukan antara 2 dan 5. Sebahagian lagi akan kedudukan antara 6 dan 8. Hanya halaman-halaman seperti Google atau Microsoft mendapatkan kedudukan 9 atau 10.PageRank yang tinggi, bagaimanapun, tidak menjamin kedudukan lebih tinggi dalam keputusan carian (Search Engine).


Tahap kerelevanan(ada dalam kamus dewan tak imbuhan ni?) pada kata kunci(keywords) yang digunakan juga tidak ada kaitan dengan PageRank. Jika korang mempunyai laman web yang sangat relevan dengan kandungan, korang masih boleh berada pada kedudukan yang baik untuk kata carian tertentu walaupun PageRank korang masih 0. Jadi janganlah frust terbawa-bawa dengan PageRank. Kandungan blog ataupun website yang relevan dengan banyak backlink yang relevan akan lebih menguntungkan untuk halaman korang dalam jangka masa panjang. (kata orang : pelan-pelan kayuh...hehe..)


TrustRank. Apa benda pulak ni? (Sabar, nak bagitau la ni..) Semakin banyak webmaster yang mula melihat TrustRank dan bukannya PageRank (betul meh?). Ini kerana kualiti PageRank tidak menjamin kedudukan terbaik pada rangking carian, tetapi kualiti TrustRank mempunyai kesan yang besar pada kedudukan dalam rangking carian. Jika Google mempercayai blog/web korang, dan melihatnya sebagai kuasa web/blog yang hebat, silap-silap haribulan korang akan dapat mendominasi hampir kesemua keywords dalam enjin carian. Walau bagaimanapun, faktor kandungan serta backlinks bagi blog/webiste masih lagi penting. TrustRank melihat sebuah website/blog lebih terperinci daripada PageRank. Ini akan menganalisa masa untuk website itu "uploading", kekerapan  blog/website itu di"update", dan juga usia web/blog tersebut.

Satu keraguan sampai hari ini, walaupun telah banyak perbincangan  tertutup tentang TrustRank, tidak ada pengesahan rasmi daripada Google bahawa kedudukan TrustRank ini wujud. Hmm...aku pun tak pernah terfikir yang blog aku ni akan mendapat kepercayaan daripada Google.. Ya la, kadang-kadang "kering" juga idea apa nak tulis dalam blog kan. Secara peribadi, kalau nak dapat reputasi yang baik, kenalah buat kandungan entri yang baik juga kan... Contoh mudah, kalau sebagai seorang pembeli,"customer is the king", kalau dalam we/blog, "content is the king.."

p/s: Jom kejar kejayaan dunia dan akhirat...semuanya kena seiring..:)
p/p/s: SS menunjukkan blog aku tak ada trustrank....adakah blog aku tak boleh dipercayai??hmm...kurang kredibiliti??..hmm



6 comments:

Pak Man laksam said...

Salam ziarah dari Pak Man,
Betul tu...dunia dan akhirat kena seiring.

: bluedianthus : said...

@ Pak Man Laksam,
salam kenal dari sabah...
yup..kena seiring dan seimbang dari semua segi...:)

Si budak Aboi said...

emm...baru aboi tahu PR tu haper..
tapikan aboi buat blog just utk share aje...tak kisahlah trust rank ke PR ke..janji kite hapi ape yg kite buat !

: bluedianthus : said...

@ Abooi...
hehe...PR tu pun sy baru tahu beberapa bulan lepas..
Yup, kepuasan dan ke'happy' an itu yang penting semasa kita berblog..
Abooi tau tak PR blog aboi dah dapat PR1? Makin lama sesuatu blog itu,
makin bagus PRnya..:)

F U N F A B U L O S I T Y said...

betol2..kene contohi awk.. ;D

: bluedianthus : said...

@ Funfabulosity...
salam kenal..yup rasanya ramai yang berblogging sekadar minat..klu nak menjana side income tu memang stu bonus la..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails