TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, February 2, 2010

Home » , , » 1 Februari, Harijadi, dan Pencapaian Di Dunia Blogging

1 Februari, Harijadi, dan Pencapaian Di Dunia Blogging

Adei, rupanya kita sudah menginjak ke bulan yang baru dalam tahun 2010.. Tak sedar kan, rasanya baru semalam kita menyambut kedatangan 1 Januari. Macam mana dengan azam baru? Enjin dah start ke? Ke masih bertangguh dan menunggu masa yang sesuai? Ataupun tengah fikir-fikir lagi? Apapun, yang penting TINDAKAN!.. Buat saja, hasil belakang kira. Ini adalah satu perang psikologi yang harus kita tangani. Apa yang kita takut nak buat itulah yang menghalang pencapaian diri kita yang lebih baik. Bagi aku, cukuplah sekadar aku berkongsi mengenai apa yang telah aku lakukan sepanjang bulan ini di internet.

1. Aku sudah pun mempunyai lebih daripada 100++ mailing list daripada squeeze page untuk ebook Percuma yang aku buat Disember lepas. Jangan tak tau, aku ada sebuah ebook free yang aku hasilkan pada tahun lalu. (Tahniah untuk diri sendiri..hehe..). Apa yang paling best, Ecover (muka depan ebook) untuk ebook pertama aku tu adalah pelakon Jepun yang aku minat (hehe...) dalam drama "Nodame Cantabille". Apa yang aku tahu Nodame Cantabille 2 akan muncul tahun ni..yahoo.. Lagi satu yang lawaknya, website aku tu tak siap sepenuhnya lagi, dah dapat PR1 dari Google (Thank you Google..). Proses installation blog wordpress tu pun aku masih terkial-kial lagi...huhu..Haa..nie la eCover ebook pertama aku yang tak seberapa:
                                              

2. Aku juga telah berjaya menyiapkan sebuah lagi ebook percuma yang bertajuk "Kisah Motivasi". Sesiapa yang mengikuti perkembangan blog aku sememangnya tahu aku telah mengadakan  contest pertama kat blog aku iaitu Pertandingan Menulis Kisah Motivasi  dan bukanlah Keputusan Pertandingan itu yang memeranjatkan aku, tapi peserta yang mengikuti pertandingan itu yang membuatkan aku rasa begitu teruja. Kalau nak tau, bolehlah dapatkan ebook percuma tu secara PERCUMA. Ini khas dan tanda penghargaan aku kepada para blogger dan juga kawan-kawan aku..:)

3. Aku juga telah berjaya setup blog aku di domain dan hosting aku sendiri. Memang kelam kabut jugak..sebab sekarang ni sibuk dengan paperwork dan buat programming Actionscript. Memang terbengkalai la..huhu.. Apapun boleh tengok jap blog aku yang tak seberapa tu kat sini (post dalam tu pun baru post percubaan..nanti ada masa aku akan update). Apapun, WordPress memang best.. :) Tapi sekarang ni tengah berkira-kira nak beli domain hosting yang Roslan Nazri promote. Tapi tengah tunggu offer dari GoDaddy dulu..:)

4. Aku dah berjaya dapat duit paypal dan transfer ke akaun Maybank aku. Syukur lah..
5. Aku tidak lupa memberi sumbangan ikhlas kepada mereka yang memerlukan.
6. Aku juga telah cashout beberapa program PTC yang aku join. Sen-sen USD tu mahal tau..:)
7. Bulan ni juga aku ada 4 kerja freelance...dapat jugak beli buku motivasi dari duit tu..:)
8. Earning Nuffnang juga semakin meningkat...terima kasih kepada mereka yang memberi bantuan ikhlas..
9. Target trafik untuk blog bluedianthus.com ini juga telah tercapai. Maklumlah blog ini belum sampai setahun lagi..SEO ni pun aku tak tahu..kena belajar dari AJ ni..hehe..
10. Aku juga telah mengikuti contest Review FuhyooFM di mana aku telah membuat satu review dalam Bahasa Inggeris. Kalau korang alert di bahagian sidebar blog ini aku telah letakkan satu widget FuhyooFM player. Jadi, korang boleh la dengar-dengar lagu dan sambil-sambil tu baca post aku dalam ni..:)

Okies...itu saja rasanya yang ingin aku kongsikan untuk korang untuk bulan Januari ni. Dalam 31 hari yang ada, hanya ada 9 entri yang dapat aku postkan. Pencapaian aku setakat ni sangat menggembirakan aku kerana 22 hari yang selebihnya aku kena tumpukan perhatian pada pelajaran. Semangat nak sambung PHD pulak lepas ni..doakan aku ya..Amin..:)

Tak aku lupakan buat seorang sahabat baik aku yang berada di KL nun..Selamat Harijadi  buat sahabatku Elyana Ab Rahim. Semoga murah rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan dan banyak duit supaya boleh lawat aku kat Sabah ni...hehe.. Tahun lalu aku dah terbang kat sana jumpa ko. Sekarang tahun ni giliran aku pulak yang kena lawat..hehe.. I miss you my dear friend..Kerja elok-elok tau dan jaga diri..

Semoga kedatangan Februari ini akan membuatkan korang lebih bersemangat untuk menempuhi hari-hari yang mencabar. Nasihat aku, "Dahulukan yang dahulu terlebih dahulu..." Aku tau korang semua dari latarbelakang yang berbeza, tapi kat dunia maya ni, istilah "blogger" menyatukan kita (Adei..jiwangnya ayat..haha..) Jumpa lagi di entri akan datang..


5 comments:

: bluedianthus : said...

Oppss..nak minta maaf kat AJ dan JAI sebab terdelete komen yang ada..Masa tu mamai kot..hehe...Sori, jangan segan-segan mengomel ye..:)

Si budak Aboi said...

wah semakin maju !
apepun tahniah cik dian!

: bluedianthus : said...

@ Abooi..
Trima kasih Abooi...
Abooi pun lagi maju dari saya dari segi update blog..:)

Wallpaper said...

ngapa mesti guna benda ni untuk komen

: bluedianthus : said...

@ Wallpaper..
slmt datang ke blog saya..
Saya tak berapa faham dengan maksud soalan anda... Mungkin kalau kena tekan "Post Comments" tu ianya memang untuk memberikan respon kepada entri yang ditulis..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails