Selamat tinggal kegagalan, terima kasih kepada mereka yang telah berusaha bermati-matian menjatuhkan aku, kerana aku rasa lebih "kuat" dari biasa. Terima kasih kepada airmata yang jatuh bergenang di saat aku hampir hilang harapan meneruskan perjuangan dalam membina "titi" yang aku inginkan. Kerana airmata itu telah menyedarkan aku bahawa hidup bukan sekadar bergelak ketawa. Terima kasih "cinta", aku lebih mencintai diriku yang sebenarnya. Selamat tinggal barah kejahatan yang selalu tegar merintangi jalan yang aku ingin lakarkan. Terima kasih "masa", kerana memberikan masa yang tidak terulang lagi itu berlalu, membuatkan aku lebih menyayangi masa dan waktu.. Demi masa, aku bersyukur kerana aku melalui banyak kejayaan yang tertunda. Aku bersyukur kerana kejayaan yang tertunda itu membuatkan aku lebih luar biasa. Aku terlupa, aku juga terleka seketika, aku sebenarnya lebih hebat daripada yang aku fikirkan. Terima kasih kepada mereka yang menghancurkan impian aku, kerana aku masih dapat terus melakar dan mencoret-coret impian aku yang seterusnya. Terima kasih juga kepada jari-jemari aku yang menuliskan luahan monologku...terima kasih kepada teknologi yang ada..Terima kasih dariku...Terima kasih semua..siapapun aku, kamu, kita masih melihat langit yang sama ciptaan Yang Kuasa...Selamat tinggal 2009, Selamat Bertandang 2010...
Salam Tahun Baru dariku, aku yang tetap aku...








