LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Monday, November 30, 2009

Lihat, Dengar, Rasakan

Selamat bertemu sekali lagi dalam blog aku yang tak seberapa ni..sebelum tu masih sempat untuk aku ucapkan Selamt Hari Raya Aidiladha buat semua kawan-kawan blogger aku yang beragama Islam, semoga raya korban tahun ini membawa seribu keinsafan dalam diri masing-masing. Pada masa post ini ditulis, tinggal sehari saja lagi untuk melangkah ke bulan terakhir untuk tahun 2009 ini. cepat betul masa berlalu kan.

Sengaja aku mengambil tajuk lagu dari sebuah band Indonesia yang memang cukup popular dulu. Sampaikan parents aku pun sudah pandai menyanyikan lagu "Berhenti Berharap". Yup, band Shiela on 7 yang menjadi siulan ramai remaja. Sehingga ke hari ini, band ini masih mendapat sokongan daripada peminat muzik terutamanya di Malaysia. Hmmm...aku ni bukannya mengikuti sangat lagu-lagu yang ada di pasaran. Lagipun, kalau lirik dan melodi sesuatu lagu tu best, baru aku akan jadi suka dengan lagu tu. Jadi, kali ni aku nak kongsi satu lirik lagu Shiela on 7 bertajuk "Lihat , Dengar , Rasakan". Bagi aku, banyak mesej yang tersirat dalam lagu ini. Sesuai dengan raya korban yang baru berlalu, khas untuk teman-teman blogger semua...hayati lah lirik ini...

Wednesday, November 25, 2009

Review: Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!



Salam sejahtera buat pembaca blog aku yang tak seberapa ni...semoga korang sentiasa sihat di samping laptop ataupun komputer kesayangan korang..hehe..Daripada berita yang aku tengok, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dan sudah mengorbankan 1 nyawa. Adik-adik yang masih kecil tu dengarlah pesan orang tua...jangan nakal-nakal..

Haa...besar sungguh iklan kat atas ni...haha...Nasib baik aku masih sempat nak jadi promoter, hehe..dapat juga buku free dari PTS ni. Oh ya, PTS ni adalah PTS Publications & Distributors Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku yang mempunyai pelbagai genre. Kalau di Sabah ni, harga buku yang dijual memang lebih mahal dari biasa...suda nasib badan, huhu..

Adoi, lari topik suda aku ni, sempena cuti sekolah, PTS mengadakan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! Golongan sasar adalah pelajar sekolah dan remaja. Walau bagaimanapun, mereka yang berusia 7 tahun ke atas juga boleh menyertai, warga emas pun boleh...hehe..Apa yang perlu dilakukan ialah beli mana-mana buku terbitan PTS dan sertakan resit pembelian dengan borang penyertaan yang diberi...

Tuesday, November 24, 2009

Vampire Muncul Lagi!!!


Berita baik buat peminat Twilight...filem sekuelnya yang kedua akan 'mengganas' di pawagam mulai 26 November tahun ini dengan tajuk "The Twilight Saga New Moon". Filem pertama Twilight ini memang mendapat tempat di seluruh dunia tahun lalu. Tak hairanlah, filem ini telah mendominasi pencalonan di Anugerah MTV berprestij di Los Angeles..(macam paparazzi pula aku ni..hehe...)

Sama seperti filem Harry Potter, Twilight ini juga telah diadaptasi dari sebuah buku bertaraf bestseller hasil tangan Stephanie Meyer (a woman again...hehe..) Masih mengekalkan watak yang sama, hero a.ka vampire Edward Cullen lakonan Robert Pattinson dan heroinnya  Bella Swan lakonan Kristen Stewart...

Monday, November 23, 2009

Satu Cetusan Idea Yang Mudah

Hujung minggu ni aku sibuk dengan aktiviti yang memerlukan aku menggunakan banyak tenaga fizikal daripada tenaga daya fikir. Aku yakin setiap daripada kita sentiasa inginkan masa yang santai dan kadang-kadang tu nak juga duduk bermalas-malasan (dalam masa yang singkat la..hehe..). Hidup sebagai seorang blogger memang menyeronokkan, sebab setiap hari ada saja benda yang boleh aku boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ni...

Hari ni aku nak berkongsi satu kisah bagaimana tercetusnya idea aku untuk menghantar satu artikel berbahasa Inggeris ke satu website yang tak asing lagi di kalangan blogger ataupun free-writer seluruh dunia, Ezinearticles.com. Kebanyakan orang yang menghantar artikel ke website ini mempunyai motif masing-masing, samada ingin mempromosikan blog atau website mereka, mencabar kebolehan diri sendiri dalam menghasilkan artikel yang unik, meningkatkan kredibilliti, ingin menonjolkan kreativiti dan banyak lagi. la Kebanyakannya adalah bagi mendapatkan sumber trafik unique visitors datang ke blog ataupun website. Bagi aku pula, aku saja ja mecuba menulis artikel mudah untuk menarik lebih ramai pelawat ke blog bahasa Inggeris aku iaitu willpowerwithin.blogspot.com.


Artikel yang aku tulis tu memang cukup mudah iaitu Writing About Yourself Now. Panjang artikel tersebut hanyalah sebanyak 263 patah perkataan. Aku tulis la kenapa nak tulis pasal diri sendiri, itu ini, kenapa, macam mana..segala ayat yang aku tulis adalah secara spontan. Tapi aku pastikan yang aku selitkan ayat motivasi sebab blog aku berkaitan dengan motivasi. Grammar aku tak fikirkan sangat sebab aku tahu artikel yang aku hantar nanti akan direview secara individu oleh pihak Ezine tu. Dah siap semua, aku pun send, sehari selepas tu artikel aku dah kena approved.

Wednesday, November 18, 2009

Sejauh Mana Imaginasi Cemerlang Anda?


Bertemu lagi kita di dalam blog aku yang tak seberapa ni. Semoga kerja-kerja yang korang hari ni berjalan dengan lancar dan teratur. Hari ini aku menerima satu email yang tak kukenali a.k.a spam email (huu...i hate spammers..) yang menyatakan dia ada lebih daripada 900 ribu email untuk dijual pada harga RMXX. Siap tunjuk screenshot lagi!! Setahu aku, email adalah rahsia dan jarang orang dedahkan kecuali untuk orang-orang yang kita kenal, ataupun kalau kita dah subscribe dengan mana-mana newsletter..itupun selepas kita sendiri yang mengesahkan link subcription tersebut. Adalah menjadi suatu kesalahan dalam undang-undang siber sekiranya menjual nama email. Memang la, undang-undang siber ni susah sikit nak dikawal. So, bagi korang yang selalu terima email2 spam macam nie, jangan la terus delete email tu, report dulu sebagai spam...barulah delete.

Alamak...nampaknya dah off topic ni..hehe.. Hmm...bila nampak perkataan "Imaginasi Cemerlang" ni, mesti korang dengan secara automatiknya teringat dengan penulis buku "Membina Imaginasi Cemerlang", Dr. HM Tuah Iskandar kan?..hehe.. Itulah yang dinamakan sebagai "trademark". Walaupun beliau telah berjaya menerbitkan banyak lagi buku bertaraf "best-seller", buku dia yang satu ni masih lagi melekat di hati para pembaca setia a.k.a pembeli buku dari penulis ni...

Thursday, November 12, 2009

Dari Mana Datangnya Kejayaan?

Entri kali ini bersifat sedikit istimewa kerana saya akan menggunakan bahasa melayu formal aras sederhana sepenuhnya. Sebab utamanya ialah kerana saya ingin menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan motivasi dalam diri kita. Semoga ianya memberikan kita sesuatu yang bermanfaat di samping memotivasikan diri anda dan juga saya. Bersempena dengan Pertandingan Menulis Karya Motivasi yang diadakan dalam blog ini, saya terpanggil untuk menulis sebuah lagi entri yang juga bertemakan motivasi. Selamat bermotivasi...


Ya, motivasi merupakan suatu elemen yang penting tidak kira dalam apa sahaja yang ingin kita lakukan. Mengapa motivasi? Mungkin ada yang berpendapat dari sumber kewangan juga dapat menjamin kejayaan seseorang untuk terus berjaya dan menggapai impian yang diidam-idamkan. Namun demikian, di saat-saat anda dan saya mengalami rintangan dalam usaha mencapai kejayaan yang diidamkan, wang ringgit tidak akan dapat memberikan kita ketenangan dalammenghadapi kesukaran. Hanyalah dengan motivasi diri yang tinggi dapat menyemarakkan kembali semangat yang kian pudar dek dihalangi oleh liku-liku yang sememangnya harus ditempuhi...

Friday, November 6, 2009

Pertandingan Menulis Karya Motivasi



Salam sejahtera buat semua pembaca di blog kesayangan aku ni...hehe..
Ini ada satu berita yang ditunggu-tunggu selama ni suda tiba...
Terlebih dahulu, aku nak umumkan hadiah yang bakal dimenangi:
Hadiah:
1. Tempat Pertama : RM55.00 + 7 Kupon Rebate
2. Tempat Kedua : RM40.00 + 4 Kupon Rebate
3. Tempat Ketiga : RM30.00 +3 Kupon Rebate
4. Slogan Terbaik: RM22.00 + 2 Kupon Rebate
5. 3 hadiah saguhati: [RM10.00 + 1 Kupon Rebate setiap satu]
* Kupon Rebate sebanyak RM6 ke atas mana-mana pembelian produk yang dipromosikan di dalam blog ini.
Karya yang harus anda tulis ialah : "Kisah Bagaimana MOTIVASI Menjadikan Saya Seorang Yang Berjaya".
Kisah tersebut merupakan kisah sebenar yang berlaku dalam kehidupan korang. Aku ulang, kisah benar, bukan pura-pura...jadi biarlah bersikap jujur. Aku ni kira boleh laa juga dalam hal-hal tracing ayat-ayat yang skeptikal a.k.a klise dalam ayat...hehe... Sebelum itu, suka aku nak jelaskan tentang perkataan "berjaya" itu sendiri. Berjaya itu luas maksudnya, sebagai contoh, kalau tak berjaya masuk menara gading, tapi berjaya membina kerjaya sendiri, masih juga didefinisikan sebagai berjaya. Kisah yang anda tulis itu mestilah jelas dari segi kronologinya. Maksudnya, pembaca dapat mengetahui carta alir ataupun usaha-usaha yang korang lakukan dalam usaha mencapai kejayaan tersebut.
Syarat-syarat penyertaan :

Tuesday, November 3, 2009

Semua Situasi Pasti Bersebab....

Salam sejahtera sekali lagi aku ucapkan buat pembaca blog aku yang tak seberapa ini..aku harapkan agar korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya.(macam tulis surat tak rasmi pla...hehe...). Agak lama aku menyepi tanpa menyajikan blog terbaru khas untuk tatapan korang (dan jugak diri aku sendiri...huhu...)

Sedar tak sedar, kita suda berada di bulan kedua terakhir untuk tahun 2009 ni. Macam mana dengan azam tahun ni? Dah tercapai sepenuhnya ataupun tak ada progress langsung? Macam mana dengan pelan tindakan yang telah diatur? Macam mana dengan kedudukan kewangan, kehidupan, pembelajaran sepanjang hayat, keluarga??...(dan lagi...dan lagi...) Shh..tak payahlah bagitau, juz jawap dalam hati sajalah...hehe... Bagi aku sendiri, tahun 2009 ni memang aku rasa terlalu singkat berlalu. Banyak kenangan manis dan pahit aku sepanjang tahun ini (pahit lebih banyak...huhu...). Banyak lagi yang perlu aku pelajari, perlu aku dalami, perlu aku selidiki, perlu belajar dan buat, dan buat..praktik dan praktik....otak aku yang sentiasa dahagakan ilmu sememangnya menuntut masa yang lebih. Kalau sehari ada 48jam memang rata-rata manusia di dunia ni akan gembira, sebab mereka dapat lebih masa untuk melakukan apa yang mereka ingin a.k.a nak buat.
Related Posts with Thumbnails