LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Tuesday, August 25, 2009

Napoleon Hill: Think and Grow Rich, Chapter 8 Review


Salam sejahtera sekali lagi aku ucapkan untuk pembaca blog aku ni...maaflah lama tak buat post, apa yang penting itu yang aku dahulukan...Kerja penting didahulukan, Paperwork Diutamakan (tema diadaptasi dari 1Malaysia..hihi..).. Apapun, harapan aku korang semua masih setia menemani aku di sini...(muka terharu...sila imagine a.k.a kembangkan imaginasi anda di sini, hehe...)Buat semua pembaca blog ni serta kawan-kawan aku yang beragama Islam aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga puasa berjalan dengan lancar sehingga syawal nanti... : )


Sebelum aku lupa, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab lupa nak bagi URL untuk download free ebook of Napoleon Hill "Think and Grow Rich". Ilmu itu kan untuk dikongsi, jadi siapa-siapa yang berminat nak baca karya Hill ni ble la klik URL ni, http://hunternuttall.com/resources/tagr.pdf. (reading is enjoying...what say you?) Semoga dapat mempelajari sesuatu selepas membaca buku bertaraf best-selling around the world nie...


Okies, seperti yang aku janjikan minggu lepas (ingat meh apa janji tu?..sila tengok post lepas bertajuk "Napoleon Hill: Think and Grow Rich Ebook Review") Kalau tak rajin nak scroll down di main page blog aku, biar aku jadi reminder sukarela jap...(mood aku bagus sikit hari nie..sikit ja la..hehe..). Aku nak buat huraian sikit fasal bab 8 buku Hill tu, fasal Decision: the Mastery of Procrastination. Kalau bab-bab "Prokrastinasi" a.k.a ''Tabiat membuang masa" ini memang selalu menjadi fokus utama aku dalam pembacaan buku digital ataupun fizikal ni, mungkin sebab aku ada masalah ini sejak dari bangku (+ kerusi) sekolah lagi...yup, melengahkan masa melakukan sesuatu walaupun benda yang aku kena buat tu aku boleh buat tanpa ditunda-tunda. Itulah sikap aku yang menjadi tabiat a.k.a rutin time muda-muda dulu..(sekarang tak lagi...insaf suda baa..hihi) Hmmm...jadi bila aku fikirkan, betapa ruginya masa yang aku bazirkan, padahal banyak lagi benda yang boleh aku belajar tanpa membazirkan sedikitpun masa yang ada dalam sehari. Pembaca-pembaca blog kesayangan aku ni, Do not waste your time, treasure it...


Alala..bila mo cerita fasal buku Hill ni kan....huhu... Ok la, antonim kepada perkataan Procrastination ialah Decision...di mana procrastination ni perlu dikuasai a.k.a dikawal secara praktikal oleh setiap makhluk Tuhan yang bergelar manusia. Analisis menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang mengalami kegagalan berpunca daripada kurangnya keputusan yang dibuat terhadap sesuatu perkara. Orang yang lazimnya berjaya dalam erti kata yang sebenarnya adalah mereka yang membuat keputusan yang tepat pada masanya, walaupun terdapat beberapa perubahan evolusi bergantung kepada perubahan yang mereka inginkan...(jangan pening dulu...hihi..)


Kebanyakan orang yang gagal menguruskan kewangan juga adalah disebabkan oleh sifat dan kecenderungan mereka yang mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Hill menyatakan sekiranya kita mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain (disebabkan dilema dengan pendapat-pendapat yang ada, peratusan untuk bertukar-tukar keputusan amat tinggi), kita akan gagal dalam merealisasikan intipati matlamat kita. Keywords dari Hill, "Take no one into your confidence", kecuali group "mastermind" kita. tapi kena juga pastikan pemilihan group mastermind ini bertepatan dengan dan menyokong matlamat dan keputusan kita. Semua itu di atas satu kata kunci iaitu Kuasa..yup,kuasa...(bayangkan kita ada kuasa macam Clark Kent dalam drama series Smallville tu...hihi..)


Kuasa itu sendiri sebenarnya terdiri daripada 6 unsur penting iaitu Keinginan, Keputusan, Keyakinan, Berterusan, Penguasaan Minda dan Perancangan Tersusun. Keinginan yang kuat adalah kunci utama menjelmakan matlamat menjadi realiti. Keyakinan perlu disertakan dengan keberanian. Aku nak tambah sikit dari buku Dr. HM Tuah Iskandar dalam buku dia "Membina Imaginasi Cemerlang", Percaya dan Yakin adalah dua perkara yang sama tapi tidak serupa. Percaya adalah keyakinan 50% dan Yakin adalah kepercayaan 100%. (renung-renungkan la okies...). Berterusan, yup..untuk berjaya usaha yang berterusan diperlukan. Penguasaan minda memainkan peranan semasa kita mengalami kegagalan semasa berusaha ke arah matlamat kita (huraian Hill mengikut kefahaman aku...hihi). Akhir sekali, Perancangan yang tersusun merupakan kayu ukur dalam menentukan berapa lama matlamat tu dapat dicapai dengan sepenuhnya..


Hmmm..banyak lagi aku nak kongsikan ni, tapi kalau nak tau lebih lanjut bacala buku ni, lagi puas hati kan. (manalah tau, ada maklumat yang aku salah tafsir...hehe..) Bagi aku, chapter 8 ni memang best tapi kena baca sampai habis kalau nak "absorb" semua ilmu yang Hill huraikan. Sampai di sini dulu buat masa ni, semoga pembaca blog ni dapat belajar sesuatu daripada post ni. Aku tinggalkan korang dengan petua Jamie Novak (lagi dari bukunya Make Time For Life) tentang cara untuk membina habit yang baru. Semoga kita semua berjaya membina habit baru yang sihat dan cemerlang.... Adios...




Wednesday, August 19, 2009

Napoleon Hill : Think and Grow Rich Ebook Review

Salam sejahtera buat pembaca blog yang aku tersayang...(hehe..). Sorry lama aku tak update blog ni.. Bukan apa, bz habis buat paperwork ba...hehe....Aku harap korang semua sihat walafiat ja, jaga diri hiasi peribadi dengan memakai topeng muka, hehe...(but i'm serious, jaga laa kesihatan tu..jangan sampai darurat baru mo pakai. p/s: peniaga pun jangan la ambil kesempatan jual topeng muka sampai rm5 satu, melampau la kan) Hmmm, banyak yang aku nak cerita minggu ni, nak bagitau fasal ebook yang aku baru baca, classic ebook yang ditulis oleh Napoleon Hill..(ada suda free download dia, buku dia memang malar segar sepanjang zaman..) Mungkin ramai yang dah baca buku ni, siapa-siapa yang dah baca ble la kita berkongsi pendapat kan.

Okies sebelum tu, aku nak cerita sikit fasal latarbelakang Napoleon Hill. Dia ni seorang penulis Amerika dan merupakan salah seorang yang menerbitkan literature moden berbentuk kejayaan peribadi. Think and Grow Rich merupakan karya beliau yang sangat terkenal dan masih merupakan best-selling book sehingga kini...kalau nak tau jugak, buku ni aku dapat pun lepas aku beli ebook Dr. Irfan Khairi yang bertajuk Mentor Jutawan, yang aku rasa memang tak berbaloi harga buku ni dengan isi kandungan dalam ebook tu. Bayangkan ada 8 orang millionaire yang nda kedekut ilmu berkongsi pahit manis dalam kehidupan dorang. Aku belum habis baca lagi ebook ni, baru sampai bahagian Dato' Dr Fadzillah Kamsah...nanti la aku kongsi lepas aku habis baca okies...mo buat rumusan lagi ba.hehe...mo cari perbandingan antara dorang ni...(kalau aku dapat detect la..hehe..) Kalau nak baca sendiri, ble la lawat ke http://offto.net/mentorjutawan/.

Back to the topic..secara keseluruhannya, buku Hill bertajuk Think and Grow Rich ni lebih menekankan kepada kekuatan kepada kepercayaan diri sendiri yang berperanan besar dalam menentukan kejayaan. Hallmark Hill yang terkenal, "What the mind of man can conceive and believe, it can achieve." Poin utama kebanyakan buku-buku hasil tangan Hill menghuraikan lebih kepada pencapaian yang sebenarnya terjadi, dan formula kejayaan tersebut yang boleh dicapai oleh manusia sederhana serba serbi. (macam cantik ja ayat aku ni...huahua...)
Buku ni diterbitkan pada tahun 1937, memang klasik habislah ayat-ayat dia ni...dan kadang-kadang huraian dia out of date (memang la ba kan, tulisan ni kan ditulis zaman dia) Walaupun 235 pages (buku fizikal setebal 259 pages), tapi orang yang membaca ebook ni perlukan kesabaran untuk baca ebook ni sebab isi kandungannya terlalu wordy. Jujur aku cakap banyak terminologies yang aku tak faham, tapi aku terus ja baca sampai habis, (bukan mo pegi exam jugak kan..hehe). Lebih jujur lagi, ada chapter yang aku skip sebab otak aku nda sanggup menerima figure of speechs a.k.a bunga-bunga bahasa yang hebat dari Hill ni...Pheew...Terutamanya chapter 11 : The Mystery of Sex Transmutation. Apapun, kita kan boleh belajar apa saja, yang penting aku dapat satu point penting dari penulis unggul ni ok la ba kan. Walaupun ayat-ayat yang ada ketinggalan zaman (sorry to say..) tapi idea dia, TIMELESS.... Idea yang disampaikan bercorak praktikal, iaitu cara untuk mengawal fikiran dengan penuh kerendahan hati (nda dapat cari perkataan yang tepat ba..huhu..) Jadi nda heran la, sampai sekarang pun konsep Hill masih digunakan...dan lebih best lagi sekarang ni ada revised version lagi untuk generasi abad ke 21.

Hmm....Our Mind Indeed is Powerful (ayat aku sendiri..hihi..). Secara keseluruhannya, buku ni dah masuk dalam senarai favorite book bagi aku..memang kesan lepas baca ebook ni untuk aku ada rasa terawang-awang sikit, hehe....Nda ba, macam aku rasa banyak lagi kelebihan otak aku yang belum dimanipulasi...dan aku kagum dengan Hill, tengok gaya penulisan dia pun memang orang yang kuat membaca...Ntah berapa juta suda buku yang dia baca. Oh ya, ada lagi satu yang aku nak kongsi, lagi tentang masalah prokrastinasi dalam buku Hill ni dalam chapter 8: Decision: the Mastery of Procrastination. Tetapi disebabkan masalah tertentu (sebenarnya post ni dah terlampau panjang)...aku sambung di post akan datang. Okies, akhir sekali, ayat dari Napoleon Hill, " Your big opportunity may be right where you are now. ~ Napoleon Hill" Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke titik noktah ni.

* image source: http://www.askmikelive.com/, retrieved on 17th of August 2009

Saturday, August 15, 2009

I got my PB Visa Electron Card Yesterday

Hello again my dear readers, time indeed fleeting so fast, (more fast than i thought). Well, today I just got one paper to work on for The International Workshop on Advanced Image Technology (IWAIT2010) will be held on 11-12 January 2010 in Renaissance Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. I know, it's still one more year to wait for the conference, but the paper need to be submitted this September 8th 2009. I wish I can do the best in me....I will make most of my time to do a good work.(trying to absorb my positive thinking...hehe). May I be granted a good health to surpass this time...(former paperwork:only able to send abstract).


Since today is the last working day of this week, I just want to share to all of you, that I just received my Public Bank Visa Electron Debit Card (since I'm still studying, I'm not eligible for applying MasterCard, I wish I'll have one in the near future...huhu...). It was my dad who recieved it first before gave it to me. He kept on asking me what I want to do with that debit card of mine...I just said that it is for buy things online. He gave me his permission and advices(more like warning I guess..hehe). I know he worried that I will be manipulated by irresponssible internet users. However, in my opinion, you get some, you lose some. but you will learn lots of. Anyway, thank you my beloved dad..will remember your advices.



Oh well, if you're following my blog, I wish you could remember that I've mentioned about Virtual Credit Card. I bought an ebook on how to generate unlimited virtual card. Now, I almost can buy my antivirus. But need to wait for several days to get my paypal approved. Hopefully I do the procedure correctly based on my readings on that ebook. Pheww....Will update if there's any news concerning this matter. Since I'll be leaving to my kampung for two days (broadband celcom in rural area? The internet line is killing me...huhu..), I'll leave you with a quote from Jamie Novak (I've been reading her book almost everyday before go to bed lately..(Make Time For Life) Have a nice weekend... Adios :)

Wednesday, August 12, 2009

Another Song Review

We're meeting again in this blog of mine... hopefully your day run smoothly and i do pray that your achievement for today is far more better than yesterday. Yesterday's news reported that there were another 6 cases of death caused by the influenza A (H1N1), resulted 38(when this blog is written..) of death cases in Malaysia. Our prime minister said that Malaysian people still lack of awareness regarding this disease. Hence, campaigns of creating awareness should be conducted soon as possible. Up until now, I still haven't got any latest news about H1N1 spreading in UMS. As far as I knew, last week, there were 4 cases of H1N1 positive among the students. Therefore, wear mask for your own safety and people among you...just in case, Watch out your health..

Hmmm..i guess today I want to share something with you here..about one song I heard of recently. The title of the song is "Sekuat Tenaga", from another Indonesian bands, Jikustik. The song begins with piano solo followed by violin. Overall, the lyric of the song is just plain (don't judge me, it's only my opinion though...), but what I like about this song is that when it comes to bridge part, there's english sentence between the lyric. if I'm not mistaken, the lyric something like, "Now teach me how to take the fault, find the strength to carry on, life is just an empty word without you...."

Based on my own understanding after listening to this song (for quite a lot of times), the guy wants someone (his ex maybe..hehe) to teach him how to forget the girl, how to to live a life without being with the girl...The girl want him to live happy and be strong to face his life ahead.Pheww..what a song, no wonder composer a.k.a songwriter got lots of imagination and illusions when it comes to give life to song (really admire them all..). The song? I'm not going to upload it here, since it will violate the TOS from jiwang.org. I just downloaded it for my own use. Just find the song entitled "Sekuat Tenaga" by Jikustik band in their album so-called "Malam" (pop genre). Support music industry, buy the original one...or you could buy online. Especially in Malaysia, the plagiarism is widely open. Till then, see you again in my next sharing....Adios..
p/s: Bad attitude ruins good manners...let us ponder over it.... ; )

Monday, August 10, 2009

DANGER : Procrastination

Dear readers..how was life? I pray that all of you out there just doing well and in a good condition. Time is fleeting in a glimpse of eyes..a week passed so fast..don't you think so? Recently, i missed few hours of my sleep time since I'm very excited on reading lots of classic self-improvement ebooks, and one of them that I'm reading now is written by Napoleon Hill...but need more time to read it...want to dig some important tips from him hehe...Anyway, will share about that ebook when i finished read it.

Anyway, as usual my Sunday was filled with church RE class activities, sort of tired but I'm having fun with those little kids, very hyperactive, innocence and I missed the Picom PC Fair at Sabah Trade Centre which today(9 Aug) is the last day... I'm just planning to buy 250MB Sata HDD(overloaded movie series in my laptop made my OS run slow..being addicted to Smallville series recently..huhu...). Unfortunely, I was overslept at noon and when i woke up, only to realize that the time nearly 5pm and my younger sister and I should hurry up to attend the Hymnal Appreciation Recital in Inanam Church. Well never mind then.

Let's see...today I received one email a.k.a article from a successful person in internet arena, for those who loved to looking for freelance jobs in the net, Dr. Irfan Khairi, indeed, was a very familiar name to them. Yes, I got an emai from him because I've subscribed to his blog (in order to get his motivatio speech for my own self-enrichment),http://www.irfankhairi.com : Tips 1 Minit Irfan Khairi. He was just celebrated his baby girl's birthday, one more thing I want to share is that, his babygirl's name, so unique and unforgettable, "Cinta Strawberry Abadi"...(Adui..panjangnya nama baby Dr Irfan ni..) Anyway, congrats Dr, even though you don't know me...hehe.. Congrats to your 1st year old babygirl.

Back to the story, the email subject I received from him was "BAHAYA: Tabiat Membuang Masa". In this article, he stated that everyone got 24hours a day and a key factor of success of a person is how well he could manage his time properly. I recalled in the book of Jamie Novak that I've just read last week, which she also has included the problem of procrastination in one of the book's topic. Therefore, Dr. Irfan has outlined 4 ways of getting rid of those procrastination problems...I will only share one of the way, since I'm interested in doing this method..

My favorite method, 80-20 Principle. From this Pareto Principle, we could save 2 hours a day. How? This principle claimed that 20% over the time taken to finish one job is actually to finish 80% of the job. In a nutshell, our productivity will be decreasing after 20% of our time was taken. how to use the principle? Simple, first, when you want to do one job a.k.a work, list down the strategies to accomplish your mission, after that, start do your work immediately. May be the job or work requires few hours from you, yet, don't stop...just go on until you could finished your wok at the level you could afford...with all your might.

After that, stop that work. Yes, stop doing it. Why? Because you've taken 20% of your productive time to do the work..but the work ws 80% complete. Then, do another work, ignore the latter work of yours and do the same technique, one work after another. Finally, if all the works you want to do for today finished 80%, you can returned to the former work to finish the other 20%. Using this Pareto Principle, you will be amazed on how talented you are of overcoming various works simultanously..

Hmmm..how about you my dear readers? You dare to do this technique or you have your own method in order to get your work done. I do believe everyone has his or her own ways of keeping away the procrastination problems. Till then, I'll leave you with this words, taken from Novak's book of Make Time For Life, "Life is not about finding yourself. Life is about creating yourself. ~ George Bernard Shaw".

# Info : George Bernard Shaw, was born in Dublin, Ireland. He was a Nobel Prize Winner in Literature 1925 and Oscar Winner 1938. He s the only person ever to have been awarded for both outstanding awards in the field of literature. Shaw wanted to refuse his Nobel Prize outright because he had no desire for public honors, but accepted it at his wife's behest: she considered it a tribute to Ireland. He did reject the monetary award, requesting it be used to finance translation of Swedish books to English. (What a great person!!! Two thumbs up for him!) ~ wikipedia online, retrieved on 10th of August 2009

Friday, August 7, 2009

Membina Imaginasi Cemerlang

Kembali lagi bersama dengan pembaca blog aku (macam rancangan Malaysia Hari Ini pla, hehe...), at least tak la aku bermonolog sorang-sorang dalam blog aku ni..hehe... Hari ni, aku nak kongsi sesuatu yang berbentuk motivasin diri lagi, maklumla nak hujung-hujung minggu ni prestasi kerja ada menurun sikit kan...hehe...jadi motivasi diri tu penting untuk setiap orang...

Oklah, aku nak kongsi sebuah lagi buku yang aku baru beli tempoh hari, tajuknya yang mesti korang dah familiar, penulis yang tak asing lagi, Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Lama dah sebenarnya aku nak beli, cuma bajet selalu lari untuk beli buku Readers Digest yang rasanya memang agak mahal bagi aku. Apapun, aku puas hati dengan wang yang aku laburkan untuk membeli ilmu dari motivator tersohor ni. Apa yang menariknya, time aku tengah khusyuk baca buku tu, aku terbaca satu topik, "Komunikasi Minda" dan apa yang lebih menarik lagi, kandungannya hampir menyerupai penetapan matlamat yang ditulis oleh Khairulnahar a.k.a Thinkerich yang aku baru baca semalam. Ada 5 garis panduan yang diberikan oleh Dr. HM Tuah iaitu:

1. Letakkan target dalam hidup anda

2. Sesuatu matlamat perlu konkrit

3. Sesuatu matlamat mestilah dalam ukuran

4. Sesuatu matlamat mestilah dalam tempoh masa

5. Tanamlah benih

Secara ringkasnya suatu hidup yang berjaya haruslah mempunyai target. Contoh yang mudah dalam konteks aku, misal kata dalam 7 tahun aku mesti dah dapat title Dr. depan nama aku...hehe... Lepas tu, aku kena list down apa jua kemungkinan yang mempengaruhi target aku tu, contohnya daya ingatan yang baik, perhubungan dengan Tuhan, ataupun perhubungan yang lebih bermakna dengan orang sekeliling a.k.a teman-teman seperjuangan. Lepas tu, aku mesti tahu apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup aku ni, sebutkan secara nyata dan simpan dalam-dalam dalam hati kita. Lepas tu aku kena tahu keupayaan diri dan kelebihan sendiri. Contohnya aku memang minat nak jadi lecturer jadi aku kena la belajar master, kalau nak dapat title phd kena la ambil pengajian doktor falsafah.. Barulah aku kena rangka pelan untuk aku mencapai impian target aku tu. Misalnya kena letakkan tempoh masa yang munasabah untuk mencapai sasaran..contohnya nak habiskan pengajian sarjana dalam masa 3 tahun (ikut kemampuan diri..). Kalaupun aku mungkin gagal dalam tempoh masa yang ditetapkan, belum bermakna aku gagal sepenuhnya, mungkin aku perlu menjadualkan kembali beberapa perkara mengikut keperluan semasa di samping menambahkan usaha dan memperkuatkan usaha. Keyword penting: Rancang dengan teliti, kalau gagal, lebih teliti lagi...Terakhir, tanamlah benih (ala...macam nak tanam pokok durian, hehe...) kena beritahu diri apa yang sebenarnya aku inginkan dalam hidup. Memetik ayat penulis "Apabila hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita diletakkan di hati secara bersungguh-sungguh, ia ibarat menanam benih di atas tanah yang subur."

Jadi apa yang dapat aku simpulkan di sini...semua yang akan kita lakukan adalah bermula daripada imaginasi kita sendiri..Tak salah sekiranya kita berimaginasi tinggi, tapi kalau nak imaginasi itu menjadi realiti, kenalah ada usaha daripada diri sendiri...Lagi mutiara kata daripada penulis buku ni, "Akal itu tidak akan ditutup kemampuannya, ibarat minyak kasturi yang tidak mungkin disembunyikan keharumannya"... Alamak, panjangnya post, okies, jumpa lagi dalam post yang akan datang....Salam 1Malaysia, hihi...

Thursday, August 6, 2009

Penetapan Matlamat yang Berkesan

Salam ceria sekali lagi aku ucapkan buat pembaca blog aku ni. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Masa aku tengah menulis post ini, ada 10 minit lagi masa untuk aku balik rumah.. Jadi aku pun mengayat=mengarang ayat la dalam blog aku yang jadi peneman setia aku dalam ofis a.k.a makmal research aku ni.. Hmm..memang laris saham AS1M yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita kan, berpusu-pusu orang beratur nak beli saham. Bagusla tu kan, menabung tu kan amalan mulia. Kuota untuk pelabur bumiputera, cina, india dan lain-lain kaum pun aku rasa wajar dan berpatutan. Semoga masa depan kita semua akan terjamin dengan simpanan jangka panjang kan. Hah, pesan aku untuk students IPTA ataupun IPTS yang buat pinjaman pembiayaan pendidikan tu, tak kira la PTPTN, MARA, JPA, MOSTI, Yayasan etc....pandai-pandailah uruskan duit tu, jangan nak melaram beli gadgets yang mahal2. Itu semua nanti beli la lepas dapat kerja kan.. Fokus utama sekarang, belajar sampai tamat pengajian dengan jayanya.. Good luck..


Oppss...kan dah kena ceramah. Sebenarnya aku nak kongsikan satu lagi ebook yang baru aku download a.k.a baca masa rehat tengahari tadi. Penulisnya ialah Khairulnahar a.k.a Thinkerich pemilik 3 buah laman web iaitu pemikirkaya.com, wanggaji.com dan bajetwang.com. Wah, aku rasa memang kaya penulis ni, hehe... Beliau yang baik hati ni memang teramatlah baik hati sebab bagi aku baca ebook dia ni dengan percuma sahaja. Tajuk ebook ni ialah, "5 Cara Menetapkan Matlamat yang Power"...hanya 21 mukasurat sahaja..baca memanglah kejap tapi nak aplikasikan dalam hidup kena ada disiplin dan tindakan susulan(kalau aku ni memang kena ada paksaan dalaman baru dapat buat, hehe...).Daripada pembacaan aku, kelima-lima cara yang ditunjukkan memang sangat releven antara satu sama lain.


Ringkasnya, kalau kurang satu ataupun kita lompat-lompat buat cara tersebut, memang hasilnya pun akan lompat-lompat (macam tupai..hehe..) juga la jawabnya. Jadi, siapa-siapa yang ada matlamat yang menggunung tinggi tu, kena la serius dan bertindak untuk mencapainya. Mungkin 5 cara ini boleh jadi 7, 8 atau 9 cara bagi orang lain, yalah...lain orang lain caranya untuk berjaya kan..tapi biarlah dengan cara yang betul kan. Ok la, di sini aku bagi kata kunci bagi Penetapan Matlamat tersebut:


Cara 1: MATLAMAT MESTILAH SPESIFIK & BOLEH DIUKUR


Cara 2: MATLAMAT MESTILAH MENCABAR & MENARIK!


Cara 3: ANDA MESTI TAHU “KENAPA” MATLAMAT ITU PENTING!


Cara 4: ANDA MESTI ADA PELAN TINDAKAN UNTUK BERTINDAK!


Cara 5: MESTI ADA TEMPOH MASA UNTUK MATLAMAT ANDA



Tengah aku baca-baca tu, aku teringat pla dengan buku "Make Time For Life" karya Jamie Novak yang aku baru baca tu. Hampir menyerupai dengan apa yang cuba disampaikan oleh Novak dalam topiknya dalam "The Problem of Procrastination", cuma perbezaan dari segi huraian dan contoh. Apa yang dapat aku simpulkan..."Action speaks louder than word", jadi apapun yang kita rasa nak buat kenalah ada pelan tindakan..Buat pembaca blog aku yang nak download ebook tersebut boleh la download di link di bawah ni ini... http://www.pemikirkaya.com/ebookpercuma.htm. Selamat menetapkan matlamat anda. Sekian terima kasih..hehe... ; )



Make Time For Life ?

Salam sejahtera buat pembaca blog aku yang tak seberapa ni, minta maaf laa lama tak menjenguk blog ni...bukannya apa, banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Hmm...semua orang di SKTM(fakulti aku) dah sibuk dengan kes H1N1, setakat ni dah 3 orang yang disahkan dijangkiti influenza A H1N1, semuanya di sekolah aku. Masa aku tulis post ni aku belum ada simptom-simptom virus tu lagi...mudah-mudahan aku tak kena la, supervisor aku pun dah guna topeng muka aku tengok pagi tadi. Yang paling aku kesian...mummy aku yang kerja di hospital Likas, sudah pun dia staffnurse di sana, hari-hari terdedah dengan bahaya, apalagi bila mummy aku bagitau dah 2 orang doktor yang disahkan positif H1N1 di hospital....risau aku. Semoga Tuhan sentiasa menjaga mummy kesayangan aku tu. Apapun, buat semua pembaca blog ini, rajin-rajinkanlah basuh tangan tu, pastu pakailah topeng muka kalau jalan di tempat awam.

Hmmm...semalam aku baru ja beli 3 buah buku, lepas berjumpa kawan-kawan aku yang nak pegi Labuan keesokan harinya. Semua buku yang aku beli tu buku motivasi, almaklum-la aku ni kurang motivasi...hehe... Setelah hampir 2 jam lebih membelek-belek buku-buku yang ada di kedai buku Popular(sambil-sambil kira bajet, hehe..), dapat juga buku yang aku suka. 2 buah buku berbahasa melayu dan sebuah dalam bahasa Inggeris. Aku baru ja menghabiskan buku pertama bertajuk "Make Time For Life" yang ditulis oleh Jamie Novak, best-selling author yang juga merupakan seorang personaliti TV a.k.a penceramah yang dinamik. Ada 208 mukasurat semuanya, memang best dan tersusun ayat dia, senang nak faham...Siapa-siapa yang rasa diri dia stress memang sesuai sangatlah baca buku nie..hehe... Satu persamaan Novak ni ngan aku ialah, dia guna perkataan "a.k.a" untuk setiap chapter dalam buku ni...hihi..

Aku nak kongsi sikit pembacaan aku mengenai topik "The Problem of Procrastination" yang ditulisnya. Masalah prokrastinasi ini adalah suatu pembaziran masa yang sangat besar yang mempengaruhi hidup seseorang individu. Maksudnya, ada suatu perkara yang sepatutnya kita lakukan, tetapi muncul suatu halangan yang menyebabkan kita menangguhkan perkara tersebut. Terdapat beberapa contoh yang dikemukakan oleh penulisnya, Novak(2007) iaitu:

1. Old thought: I'll do it when I'm in a mood
New thought: Do it now, do it right, do it once.

2. Old thought: I'll start tomorrow
New thought: There is no time like the present

3. Old thought: I work better under pressure
New thought: I can relax if I get it done and over with right now.

4. Old thought: I'm too busy to do it.
New thought: I'll make the time to get it done

5. Old thought: I should do this
New thought: I choose to do this.

Pheww...., ini baru sedikit yang aku quote dari penulisan dia..semuanya betul dalam konteks diri aku sendiri...Hanya satu cara kita dapat lawan masalah ini..."Just start whatever it is you want to do but are delaying. You cannot finish until you start."~Jamie Novak.. Kalau boleh bagilah deadline dengan benda yang perlu kita lakukan dan utamakan terlebih dahulu. Susah jugak kalau nak ubah tabiat yang memang dah sebati dalam diri kan. Tapi tak apa, aku akan cuba praktikkan, kena banyak kali baca buku Novak ni, baru laa semangat nak berubah tu tak akan dingin. Sebenarnya ada banyak lagi pasal prokrastinasi tu tapi siapa yang nak baca boleh la beli dekat bookstore yang berhampiran. Tiap-tiap minggu beli topup handphone, berkorban la sikit kan nak beli buku. Ilmu tu penting, tapi tak guna juga kalau tak praktikkan ilmu tu kan...jadi baca ja tak cukup...kena buat juga... Okies, buat pembaca blog nie, aku undur diri dulu (lain macam jak bunyinya...hehe...) dengan mutiara kata yang tidak diketahui sumbernya, juga dari buku tulisan Novak ni, "Unless you try to do something beyond what you have already mastered, you will never grow".
Related Posts with Thumbnails