TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, December 31, 2009

Home » » Selamat tinggal Tahun 2009

Selamat tinggal Tahun 2009

Selamat tinggal kegagalan, terima kasih kepada mereka yang telah berusaha bermati-matian menjatuhkan aku, kerana aku rasa lebih "kuat" dari biasa. Terima kasih kepada airmata yang jatuh bergenang di saat aku hampir hilang harapan meneruskan perjuangan dalam membina "titi" yang aku inginkan. Kerana airmata itu telah menyedarkan aku bahawa hidup bukan sekadar bergelak ketawa. Terima kasih "cinta", aku lebih mencintai diriku yang sebenarnya. Selamat tinggal barah kejahatan yang selalu tegar merintangi jalan yang aku ingin lakarkan. Terima kasih "masa", kerana memberikan masa yang tidak terulang lagi itu berlalu, membuatkan aku lebih menyayangi masa dan waktu.. Demi masa, aku bersyukur kerana aku melalui banyak kejayaan yang tertunda. Aku bersyukur kerana kejayaan yang tertunda itu membuatkan aku lebih luar biasa. Aku terlupa, aku juga terleka seketika, aku sebenarnya lebih hebat daripada yang aku fikirkan. Terima kasih kepada mereka yang menghancurkan impian aku, kerana aku masih dapat terus melakar dan mencoret-coret impian aku yang seterusnya. Terima kasih juga kepada jari-jemari aku yang menuliskan luahan monologku...terima kasih kepada teknologi yang ada..Terima kasih dariku...Terima kasih semua..siapapun aku, kamu, kita masih melihat langit yang sama ciptaan Yang Kuasa...Selamat tinggal 2009, Selamat Bertandang 2010...

Salam Tahun Baru dariku, aku yang tetap aku...

 

12 comments:

Si budak Aboi said...

slmt thn baru 2010 cik dian

ttp buku lama buka diari baru !

peace no war ......=)

Aminjohar said...

Hi bluedianthus.. :-)

Owah coretan kali ini menariknya. Pandainya awk mengayat sebegini. solute2x. :-)

Erm, 2010 ini apa plan tindakan awk ya? :-)

Diharapkan 2010 ini Matlamat yang diingini harap semakin lebih hampir.

Pelan tindakan yang harus dilakukan sekarang adalah merancang perjalanan 2010 ini pula.

Tanpa perancangan yang rapi akan menyebabkan waste banyak masa. :-)

Owah, bestnya lani AJ tengok bluedianthus skunk ada di mana-mana :-)

AJ pun suka blogwalking juga. hehehe jom jalan2x cari blog.. Apa yang penting? Kerja komen.. huhuhu :D

P/S: Uih3x bahaya haih, ramai y nak ngorat awak kat forum WC 2... :-)

: bluedianthus : said...

@ Aboi...
Selamat tahun baru juga untuk Aboi
Yup, kadang-kadang kena buka buku lama juga untuk dijadikan rujukan..hehe

Peace no war-nnie....hehe...:)

: bluedianthus : said...

@ AJ,
Hai AJ, ya coretan kali ini puitis semacam je...hehe..Saya ni memang pandai bab-bab mengayat macam ni.. Dulu sekolah menengah suka tulis sajak sendiri.. :-)

Hmmm...pelan tindakan saya tahun ni. Nak update blog saya yang lagi satu. Maknanya kena belajar wordpress la ni..Lebih banyak komen-mengomen untuk naikkan traffik ke blog ini. Dulu malas, just main baca jer.. Tapi fokus lebih kepada pelajaran untuk tahun ni. Lepas konvo akan berusaha untuk hari-hari online..Sekarang ni dalam seminggu kadang-kadang 2 atau 3 kali je online...:) Sebenarnya ada banyak lagi pelan tindakan yang saya nak buat. Tapi untuk 3 bulan pertama ni, ini sajalah yang saya nak buat. Banyak sangat plan pun takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ya, setuju ngan AJ. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.:)

Ya, ada kat mana-mana. Kadang-kadang tu jenguk blog orang lain sebab nak balas balik klik2 yang ada. Orang berbudi kita berbahasa...tapi jarang saya add mereka ni dalam blogroll, melainkan saya suka dengan gaya penulisan dalam entri mereka. Ala-ala motivasi gitu...hehe...

Ok AJ, jom jalan2 cari blog ye..terutamanya HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang telah melepasi lebih daripada 120 penyertaan.. Rupa-rupanya kisah setiap individu kat Malaysia ni memang unik.

p/s: Dah jarang dah masuk WC ni, ingat nak guna avatar sebenar, tapi kalau ramai nak ngorat...tukar balik lepas ni..hehe...

Alamak, panjangnya saya taip kali ni...:)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Aah, tukar2x avatar.. huhuhu ;p

komen panjang2x pun ok. Standard. :-)

Blog2x ini sambil2xan aja. Awak fokuskanlah utamakan tuk pelajaran lani. Pelan tindakan selesaikan dengan sehabis baik dalam bidang pengajian. Oh, AJ baru tau yang awk skrang dah amik Master ya.

Teruja juga AJ mendengarnya. Teruskan usaha ya. Semangat3x.
Chayok3x.. :-)

Erm, AJ lani slow sikit dalam contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. alahai, coz nak fokuskan pada improvement dalam programming. Pelan tindakan ini. Sasaran bulan 2 sistem harus lengkap sepenuhnya termasuk dokumentasi.

Banyak pula halangan skunk. Papun Motivasi dalam diri kena sentiasa ada. Semangat3x.. :-)

ardmad said...

Wah...cantik header baru tu,(gambar adik la...). :-)

(Masa abg ada kat blog adik ni, abg ketuk2 kepala sendiri sebab ingatkan nk kurangkan ingt kenangan lama...tp...ishh!!! Bukan salah adik...)

admin said...

Selamat tahun baru 2010...Ko ni orang sabah kan? sabah di mana tu ba ?

Hazman said...

Semoga lebih sukses di tahun baru 2010 nie....

: bluedianthus : said...

@ AJ,
Betul tu, semuanya sambilan saja..dan kerana minat.

Terima kasih AJ, doakan saya berjaya. Kalau ada rezeki boleh la sambung phd. AJ pun kena semangat jugak ya..saya tau AJ boleh buat..:)

Wah..mencabar kesabaran juga keje AJ ni..Takpe, saya sokong AJ..:) Motivasi diri jangan lupa...:)

: bluedianthus : said...

@ ardmad,

Terima kasih..buat kejap je, sebab tak la terrer sangat nak buat header ni..huhu..

Hoho...yang lama jangan dikenang. Dah masuk tahun baru ni, kenalah maju terus ke depan....:) Chaiyok2..

: bluedianthus : said...

@ admin,

Selamat tahun baru jugak. Yup, orang Sabah, bahagian Tuaran..:)

: bluedianthus : said...

@ Hazman,

Terima kasih,
Semoga Hazman pun terus sukses di tahun 2010 ini...dan bertambah motivasi diri untuk menghadapi segala cabaran hidup....:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails