TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, December 7, 2009

Home » » Keputusan Pertandingan Menulis Karya Motivasi

Keputusan Pertandingan Menulis Karya Motivasi

Selamat bertemu kembali di dalam teratak maya aku yang tak seindah biasa ni...(ayat puitis jap...biasalah pagi-pagi buta macam ni, hehe). Dah 7 Disember, aku nak wish selamat harijadi untuk adik bongsu aku yang ke 14 tahun. Moga dipermudahkan jalan dan dikurniakan hati yang baik, tubuh badan yang sihat dan menjadi orang yang berguna dalam masyarakat kelak...amin...

Seperti yang telah aku janjikan, keputusan Pertandingan Menulis Kisah Motivasi aku umumkan sekarang. terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih di atas penyertaan mereka ni. Walaupun syarat penyertaan complicated sikit, ada jugak yang nak join..terharunya aku..huhu....ingatkan tak ada yang nak join. Kenapa laa poduk akuseorangblogger RK lambat keluar di pasaran....huhu...

Tahniah kepada mereka yang menang. Pemenang telah pun aku hubungi 2 hari lepas untuk tujuan bank-in settlement. Kalau tak ada aral melintang aku akan selesaikan proses bank-in mulai jam 8pagi (maklum la sistem online banking berada dalam "refresh mode" sekarang ni).Selepas tu aku akan PM ataupun email mereka ni.

Sengaja aku letak nama glamour pemenang ni..hehe...nama diorang ni digunakan sebagai nickname di Forum WangCyber. Hmm...yang dah biasa masuk WC ni memang kenal denga nama-nama yang teramatlah glamer ni kan..;) Congrats buat semua...kisah motivasi korang memang best dan kalau boleh aku nak bagi semua hadiah tempat pertama..tapi, malangnya..(sila sambung ayat ni sendiri dalam hati...huhu..). Oh ya, nanti aku akan jadikan sebagai ebook kisah motivasi diorang ni. Tengah tunggu mereka hantar versi edited one. Aku tunggu suratnya ya...:)
 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails