TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, December 17, 2009

Home » , » HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Edisi Kata-Kata Motivasi

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Edisi Kata-Kata Motivasi


Salam sejahtera sekali lagi aku ucapkan buat semua rakan-rakan blogger dan pembaca setia blog ini. Sukacita aku nak umumkan bahawasanya aku akan melangsungkan menghadiri perkahwinan sahabat baik aku pada hari Jumaat ni. Sebenarnya ada banyak lagi majlis perkahwinan yang bakal aku hadiri bulan ini. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja…amin..
Sebenarnya bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku nak bagi sedikit kata-kata motivasi untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL untuk korang semua. Sebelum itu aku nak jelaskan supaya tidak ada sebarang soalan berbangkit, dibangkitkan ataupun yang terbangkit di atas kata-kata motivasi aku ni. There’s no need of certification if you want to be a motivator. Ini merupakan ayat yang aku baru baca selepas berhenti membaca buku Dr. HM Tuah Iskandar yang baru aku beli kelmarin. Best betul membaca sampai tak ingat nak check blog..hehe... Satu perkara yang membuatkan aku tidak berfikir panjang untuk membeli buku ini adalah disebabkan oleh tajuk ini, "Bukan Main Lagi..". Banyak maknanya perkataan ini kalau diucapkan dalam intonasi dan nada suara yang berbeza.. Selain itu aku juga telah membeli sebuah lagi buku berbahasa Inggeris, "Focus On Your Dream" tulisan Jeffrey D. Smith. Aku beli buku ni sebab cover bukunya yang menarik. Ingat, pacakging juga memainkan peranan penting samada produk itu boleh dijual atau tidak...(hoho..sekadar pandangan peribadi aku..)


Alamak, lagi sekali aku tersasar berceloteh panjang ngan korang semua. Direct to the point and direct to the target, kata-kata motivasi dari aku untuk semua: 
1. Kalau nak HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, kenalah ada usaha. Tuhan dah janji, kalau berusaha mesti nampak hasilnya walaupun sedikit. Tapi, takkanlah berusaha tapi tak ingat pada Sang Pencipta kan. Tuhanlah yang memberi rezeki, aku percaya setiap agama di dunia ini pun mementingkan ibadah supaya aman di dunia dan akhirat.
2. Kalau nak HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, kenalah perasan bagus. Bukan perasan macam bagus yang tak tentu fasal maksud aku. Kita kena yakinkan diri kita yang kita pun boleh menjadi hebat seperti orang lain. Cuma, mungkin cara dan kaedah pengisian ke arah kejayaan saja yang membezakan kita. Kena tau juga, kepercayaan adalah keyakinan 50%, dan keyakinan adalah kepercayaan 100% (ni aku pinjam teori Dr HM Tuah..)
3. Kalau nak HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, kenalah tahan uji. Ini bukan cobaan, ini betul-betul laa..hehe.. Jangan tension, just wake up from your dream, and turn your dreams to the real world (maaf la, aku ter'english pla..salah blog ni...huhu..). Tahan uji maksud aku macam ni, contohnya, orang cakap kita ni dah tidak siuman lagi sebab nak bawa basikal nak naik Gunung Everest..hoho...Yang penting kita sendiri kena yakin kita boleh bawa basikal sampai puncak gunung Everest tu...Amacam, ada berani? :)
4. Kalau nak HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, kenalah hormat ibubapa.. Salah satu sebab kenapa kita selalu gagal dalam sesuatu  yang kita lakukan ialah kita tidak menyatakan keinginan kita kepada ibubapa. Maksud aku, tak minta pandangan ibubapa. Mereka ni mungkin tak celik IT macam kita, tapi aku rasa kalau kita jelaskan dalam perkataan yang mudah, mereka akan rasa dihargai. Walaupun mereka tak faham apa benda yang kita cakap, lebih berkat yang kita akan dapat. Pernah tak korang dengar perkataan keluar dari mulut parents kita. "Nda apa la, yang penting apa yang kau buat tu tidak mendatangkan keburukan kepada kau dan orang-orang di sekeliling kau, sudah laa.." Sejuk jugak hati kita kan...:)
Aku rasa cukup setakat ni saja untuk pagi ni, tak sedar sudah pukul 3pagi..(ikut suara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, hihi..) Apapun, penyertaan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL aku sudah pun diterima oleh penganjur Cabaran SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Kedudukan aku dalam search engine tak lama tadi ada la dalam ratus-ratus..hoho...aku ni memang tak tau SEO tak kisah sangat..yang pasti aku suka membaca kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di setiap blog yang menyertai contest ni. 
Aku dapat tau contest ini pun dari blog Cabaran SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini dianjurkan oleh denaihati yang ditaja oleh SGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Ini suatu yang menarik di mana hadiah bernilai lebih RM3750 telah disediakan untuk Cabaran SEO: HIDUP BERANI UNTUK GAGALHIDUP BERANI UNTUK GAGAL“ ini.


1. Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.


2. Kepada yang rajin mempromosi contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.


3. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.
 
Syarat-syarat Cabaran SEO "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
  1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.
  2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog: contoh  







    saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
    dari blog bluedianthus.com.




  3. Dalam entri anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
  4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
  5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.
  6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.
  7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
  8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
  9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist/blogroll ANDA untuk terus monitor contest ini.
  10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest (akan diumumkan kemudian).

Pertanyaan

Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog Denaihati untuk melihat update terbaru.

p/s: Jangan lupa, bahagian referral saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
dari blog bluedianthus.com kerana ini sebahagian daripada syarat penyertaannya.
p/s: Gambar, promosi buku Dr HM Tuah, tak nak komisyen, nak berkat ilmu bijaksana macam Dr, hehe..










14 comments:

Si budak Aboi said...

emm bagus n3 awk dian..

keep u loging ea..

ps;- awk pna bce buku " berani gagal by billi lim?

eh aboi pun reti ckp sabah jgk owh..tapi sikit2 sak !

Aminjohar said...

@bludianthus,

Hi.. AJ jumpa artikel ini kat rank 91 google. :-)

Oh in artikel baru awk lah ya.
Waww! AJ baca 2x dah kat artikel ini. Macam-macam AJ dapat :-)

Memandangkan AJ memang kurang membaca buku motivasi jadi dikesempatan inilah AJ ambil peluang tuk dapatkan sedikit review dari rakan yang pernah @ memiliki buku motivasi2x terkenal :D

AJ suka kat perkataan tu. kepercayaan adalah keyakinan 50%, dan keyakinan adalah kepercayaan 100%

Dalam agama, AJ seringkali ditekankan untuk yakin kepada Tuhan. Untuk mencapai keyakinan yang 100% maka kenalah berusaha bemacam-macam cara, setiap masa, setiap waktu. Nak berusaha untuk yakin itu, teramatlah berat.

Bila kita yakin akan sesuatu, maka secara tidak langsung kita percaya pada sesuatu itu.

Hehehe nak pinjam buku boleh? hehehe gurau ja.

Boleh lah ya awk sharing2x lagi kisah motivasi yang menarik kat dalam blog awk ini ya. AJ akan singgah sini untuk membacanya. :-)

: bluedianthus : said...

@ abooi,
Terima kasih di atas semangat dan dorongan. Saya tak baca buku berani gagal tu, tapi saya ada baca kisah dia damalm mentor jutawan. Sememangnya dia seorang yang tidak takut untuk gagal.. harap saya pun akan jadi macam dia.

Oh, abooi reti cakap sabah ye, bagus2 ini namanya satu malaysia..:)

: bluedianthus : said...

@ AJ,
Saya tak tau artikel ni masuk top 100 jugak, sebab tengok rangking artikel lepas ratus-ratus… Saya pun gelak sorang-sorang tengok rangking saya tu. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa baca artikel yang baru saya tulis semalam tu. Tapi idea tak banyak, tu yang tulis 4 item je tu. Kalau Dr HM Tuah mesti dah boleh jadi satu koleksi buku. Hehe…

Ya, banyak lagi buku sebenarnya yang saya beli, tapi kesempatan nak review semua tu tak mencukupi. Sekarang ni saya tengah berusaha nak beli 2 buku sebulan jadi koleksi dan kebanyakannya adalah berbentuk motivasi dan pembangunan dalam diri. Satu buku BM dan satu lagi BI. Banyak lagi rupanya kekurangan dalam diri dan kekuatan dalam diri saya yang belum digunapakai. Minda separa sedar AJ dan saya banyak lagi yang tersimpan. Tunggu nak digunakan je.

Ya, saya setuju ngan AJ, melakukan sesuatu yang kita percaya dan yakin adalah sangat berat. Kadang-kadang kita sebagai manusia ni akan berasa letih dan lemah. Kadang-kadang ada masa down juga. Pada masa ni la motivasi dalaman amat penting. Sokongan dan dorongan dari luar itu hanyalah sebagai pemangkin sahaja.

Hehe..rasanya buku kat tempat AJ lagi murah, kat Sabah dan Sarawak ni biasala kena tanggung kos penghantaran lagi. Ya, ada idea nanti saya akan kongsikan lagi dengan AJ dan rakan-rakan blogger sekalian. Sekarang ni pun saya selalu “lepak” kat blog HIDUP BERANI UNTUK GAGAL AJ nak cari-cari blog peserta lain yang buat kisah motivasi ni.

Hazman said...

sentiasa percaya dengan kemampuan dan kebolehan diri akan membuatkan kita sentiasa berfikiran lebih positif...

Kaito said...

mesti sentiasa positive dan ada keyakinan diri dalam apa jua bidang...baru boleh berjaya...tol tak? hehe

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Yup, betul tu apa yang awak cakapkan. Motivasi luaran sebagai pemangkin diri. :-)

Ops, minta maaf juga r kat blog AJ tu AJ buat sambil menyelam, minum air sambil tangkap ikan juga.. hehehe :D

Puas berenang, perut kenyang banyak minum, ikan dapat r juga walaupun anak ikan aja.. Boleh dibuat perhiasan.. hehehe :D
grau2x aja.


Link pautan semuanya kuar iklan sebelum boleh ke laman blog contest peserta lain.. hehehe :D

@Hazman,

Pemikiran positif kerja pun ke arah positif.

:-)

Pemikiran postif, kesihatan pun juga positif (baik)

Pemikiran negetif akan memudaratkan kesihatan. :-)

Si budak Aboi said...

emmm ok bah tue..!

: bluedianthus : said...

@ Hazman
Hi Hazman..ya, betul tu, biarlah apa orang lain kata. Yang penting kita percaya dan yakin dengan kebolehan diri kita sendiri. Think positive and think big too...:)

: bluedianthus : said...

@ Kaito,
Hai Kaito,
Memang betol dan sangat sangat betul kata-kata Kaito tu.
Kena sentiasa ada semangat nak teruskan perjuangan dalam hidup. Kalau nak hiraukan kata-kata setiap orang, tak boleh hidup la kita jawapnya...:)

: bluedianthus : said...

@ AJ,
Sori AJ, saya lama menghilang dari aktiviti blogging ni, biasalah kalau part time blogger ada komitmen lain yang menanti...:)

Yup, sambil menyelam minum air, dapat jugak ikan yang kecik2..anak ikan lama-lama jadi bapa ataupun mak ikan jugak kan..hihi..:)

: bluedianthus : said...

@ Aboi..
Apanya yang ok Aboi...cuba cerita sikit...:)

Aminjohar said...

@bluedianthus,

Oh, takpa2x :-)
Betul2x. komitmen itulah yang perlu lebih fokus..

Yup betul tu.. Ikan kecil bila bela nanti besar juga. Buat gulai ni sodap.. :D

Take care selalu :-)

Papun kalau x buzy Skype aja AJ: aminjohar

Awk ada FB tak? :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ,
Ya, komitmen memang penting..kalau macam Aj full-time lagilah kena fokus kan..:)
Hoho...gulai memang sedap, selalu makan masa belajar kat semenanjung dulu...hehe..
take care selalu jugak untuk AJ..
FB saya, boleh search je and taip Warnnie Musah..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails