TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, December 8, 2009

Home » , , » Berhati-Hati Di Dalam Bangunan...

Berhati-Hati Di Dalam Bangunan...

Salam sejahtera buat semua pembaca, bloggers yang dikasihi dan silent readers yang mengunjungi blog aku ni. Aku harapkan korang semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan jangan lupa mengamalkan kebersihan diri dengan baik. Gelombang kedua H1N1 sudah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan dan wajarlah kita bersama-sama mengurangkan penularan wabak ini...Clean & Clear..okies...hehe..Update terbaru keputusan Pertandingan Menulis Kisah Motivasi, hadiah dah pun aku transfer ngan para pemenang, thanks to online banking system..Tahniah..;)

1Malaysia digemparkan dengan kejadian yang berlaku di Kota Bahru baru-baru ini yang menyebabkan dua orang penuntut kejururawatan Masterskill terbunuh. Aku baru saja selesai membaca news Berita Harian Online fasal ni, dengan tajuk Saya Tak Tahu Memandu. Rasa simpati aku kepada 2 orang yang telah meninggal dunia akibat kemalangan itu...bayangkanlah pada masa itu, mereka hanya sempat melihat ke atas sebelum kereta Ford Laser tu menghempap mereka...
Tarikan graviti bumi menjadikan kereta yang terjatuh lebih daripada berat asalnya. Dan aku bayangkan lagi betapa traumanya ibubapa kedua orang itu apabila mengetahui kejadian malang itu. Mungkin juga Nurul Ain mengalami trauma dan mungkin fobia untuk memandu pada masa hadapan. Penyesalan sesungguhnya tidak berguna lagi kerana yang pergi takkan kembali.

Struktur bangunan sekarang ni sudah tidak seutuh dulu, kebanyakan bangunan yang dibina hanyalah sekadar cantik dari luaran sahaja (sorry to say..). Contohnya, di sebelah kampus Universiti Malaysia Sabah, bangunan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah dah banyak kali diubahsuai (aku tau sebab aku selalu lalu jalan ni...huhu..). Aku ni bukanlah tau fasal struktur bangunan ni, tapi yang aku tau campuran simen perlu lebih banyak dari campuran pasir...selain daripada penggunaan cerucuk(piling) yang sesuiai barulah bangunan tu kuat dan tegar. Perlulah fikiran kesan jangka panjang...jangan hanya nak untung cepat. Hmmm...sekarang ni, kita kena la berhati-hati bila memandu di dalam  bangunan juga, bukan di jalan raya saja...

p/s: Gambar "kancil" kesayangan aku yang dilanggar oleh Toyota Hilux, kes langgar lari..Syukur aku tak menyampah fobia nak drive lepas tu..dah la baru seminggu dapat lesen P time tu..huhuhu..



8 comments:

Aidi-Safuan said...

tuh la pasal.even dalam bangunan pon bole eksiden.hurm..takde tempat selamat dalam dunia nih

Abd Shukor said...

siannya kancil awak...takper, beli jer kereta baru :)

Memang bangunan sekarang tak boleh lawan dengan bangunan dulu2. lack of quality sekarang ni...

P/S: post pertama dalam blog ni :)

: bluedianthus : said...

@ Adi-Safuan, tu la, sekarang ni kena hati-hati...baru tadi tengok berita @ tv3, macam-macam hal berlaku sekarang ni...

: bluedianthus : said...

@ Abd Shulor,
Tu laa..kereta kancil tu tak sampai seminggu pun time tu...huhu..

p/s: post pertama, rajin2 la datang klu sudi...:)

onniey84 said...

kes langgar awak tu prgi report tk..hampagas betul org tu

: bluedianthus : said...

Yup..dah pegi report tapi tak dapat nak cari orang tu sebab, kereta yang dia pakai tu didaftarkan di bawah nama syarikat. Huhu...sedih betul...dah la kena guna insurans sendiri untuk cover semua kos nak baiki kereta tu...

Aminjohar said...

Aduh3x.. sayu hati AJ tengok kereta awk remuk. Cam nak kasi fly kick kat pemandu Toyota Hilux tu pun ada.

Apakan daya benda dah jadi tetap jadi.

Awk banyakkan bersabarlah ya. Nasib baiklah tak ada cedera apa-apa. Aa, sekarang banyak sungguh kemalangan ngeri berlaku. Saban hari makin menjadi-jadi.

Nanti awk pandu dengan cermat lah ye. Biar lambat, tengok kiri kanan ushar ada mat ensem ker.. ops! Ggurau aja. :D

Biar lambat asal selamat pergi dan balik rumah :-)

: bluedianthus : said...

@ AJ,
Tu lah, dah la kereta saya tu kecil, yang langgarnya pulak Hilux. Huhu...masih ingat lagi no plat kereta dia sampai sekarang SAA9033V, kalau AJ pegi Sabah dan jumpa kereta ni, tolong bagi calar-calar kereta dia tu...hehe...Gurau je...:)

Ya, nasib baik tak cedera, dah la masa tu ngan housemate nak pegi kampus. Esoknya, member pula yang accident kat tempat yang sama, kat roundabout.

Terima kasih AJ sebab bagi peringatan, kadang-kadang tu bawa laju jugak kalau dah terlambat. Hehe..tak sempat tengok mat ensem kat sebelah la jawapnya...hehe. Yup, kena tukar motto daripada, "Biar Cepat Asal Tepat" kepada "Biar Lambat Asal Selamat" macam yang AJ cakap...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails