TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, November 24, 2009

Home » , , , , » Vampire Muncul Lagi!!!

Vampire Muncul Lagi!!!


Berita baik buat peminat Twilight...filem sekuelnya yang kedua akan 'mengganas' di pawagam mulai 26 November tahun ini dengan tajuk "The Twilight Saga New Moon". Filem pertama Twilight ini memang mendapat tempat di seluruh dunia tahun lalu. Tak hairanlah, filem ini telah mendominasi pencalonan di Anugerah MTV berprestij di Los Angeles..(macam paparazzi pula aku ni..hehe...)

Sama seperti filem Harry Potter, Twilight ini juga telah diadaptasi dari sebuah buku bertaraf bestseller hasil tangan Stephanie Meyer (a woman again...hehe..) Masih mengekalkan watak yang sama, hero a.ka vampire Edward Cullen lakonan Robert Pattinson dan heroinnya  Bella Swan lakonan Kristen Stewart...


Sedikit sinopsis, selepas Bella pulih daripada serangan vampire yang hampir membuatkan nyawanya terancam, Bella akan menyambut harijadinya bersama dengan Edward dan keluarganya. Sedikit kekecohan telah berlaku semasa event tu yang menyebabkan Cullens membuat keputusan meninggalkan bandar Fork demi keselamatan Bella dan Edward. Bella kemudiannya bertemu dengan Jacob Black...tanpa menyedari bahaya lain sedang menantinya..

Macam mana dengan review aku ni? Adakah korang teruja nak tengok filem ni? Ke plot cerita tak best (psstt..atau olahan ayat aku memang outdated...hehe...). Apapun, banyak filem2 best yang ditayangkan sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya. Pilih saja movie yang korang suka. Satu nasihat, yang bawa family tengok wayang tu, Twilight Saga New Moon ni diklasifikasikan sebagai PG13, bukan umum tau...

p/s: Update...6 hari lagi sebelum Pertandingan Menulis Karya Motivasi berakhir!! 

 

8 comments:

aminjohar said...

Perkataan Vampire ni AJ baru ja kenal tahun ni... 2 pun pas terlibat dlm aktiviti kebudak-budakan men gaming online. Dota.. hahaha :D

Pasal aktiviti movie ni AJ slow sikit. Ada r tengok cite Vampire cuma mungkin versi lama gaknya. AJ kat cni. http://sa-nuc.co.cc/?tag=vampire-diaries

: bluedianthus : said...

Hehe...dota memang tengah hangat di pasaran sekarang ni AJ. Oh vampire diaries...best jugak citer tu..Thanks for the sharing AJ..;)

nuaeman said...

Wah! nak tahu jugak apa jadi pada Bella seterusnya. Sebelum tengok cerita rasanya nak baca novel dulu.. macam yang first dulu pun saya beli novel dulu.. kemudian tunggu DVD keluar baru tengok cerita.. kalau nak bandingkan memang novel lebih puas.. cuma filem ni membantu kita berimaginasi..

unwanted said...

aku sebenarnya tak tengok pun cerita twilight masa kuar dulu.
baru tengok dalam 2/3 minggu lepas.
best lak aku rasa.
dan semestinya aku akan sambung tengok new moon ni.:)

: bluedianthus : said...

@ nuaeman..
rasanya baca novel dia lagi detail kan. Betul tu, kalau movie ni dia ada banyak kelebihan...imaginasi pun memang memainkan peranan penting...:)

: bluedianthus : said...

@ unwanted
Yup, harap2 unwanted terhibur la dengan kehadiran terbaru new moon tu..:)

Donny Ien said...

waa..sy lum lg tengok ni wayang oo..nt beli ja dvd dia dkadai la..best ka tu?

: bluedianthus : said...

@ Donny;
best tu, rugi ko nda tinguk..ba pigi la beli dvd tu ah, bei yang original...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails