TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, December 1, 2009

Home » , » Semuanya Telah Berakhir...

Semuanya Telah Berakhir...

Dengan rasminya aku mengumumkan Pertandingan Menulis Kisah Motivasi ditutup...;)
Pemenang kan diumumkan di dalam blog ini pada 7 Disember 2009. Kenapa lama sangat? Sebab aku susah benar aku nak pilih siapa pemenangnya...;). Lagipun, 7 Dis 2009 ni special, sebab hari tersebut ialah harijadi adik bongsu aku..so, kira memorable la skit kan..hehe...



Secara keseluruhannya, hampir 97% penyertaan adalah datang daripada forum WangCyber. Adakah ini menunjukkan warga WC sememangnya terdiri daripada mereka-mereka yang cukup daya juang dan motivasi diri?? (Aku jawap dalam hati saja la ya..). Satu yang aku belajar daripada pertandingan yang julung-julung kali aku adakan dalam blog aku ini ialah, aku dapat bertemu ramai yang berjaya setelah gagal....


Dan itu menjadi penguat semangat aku untuk terus percaya dengan apa yang aku rasakan betul. Benarlah kata orang, momentum dalam diri kita akan dapat kita cari sendiri apabila kita sudah menemui rentak dalam perjalanan yang menjadi taruhan dalam hidup kita.. Hmmm..korang faham tak ngan apa yang aku cuba sampaikan ni?? Aku rasa korang lebih dari faham. Mungkin ada juga yang ingin mengolah ayat yang aku sampaikan dalam bentuk yang lebih mudah....silakan, kita manusia tidak akan pernah terlepas daripada lifelong learning, hidup ini adalah suatu pembelajaran sepanjang zaman sehingga nafas yang dipinjamkan ini kembali kepada Yang Esa.


Adui, penuh sentimen dan ayat berbunga-bunga kali ni post aku. Maklumlah, aku baru saja membaca untuk round pertama bagi semua penyertaan yang telah dihantarkan. Semua kisah yang dihantarkan memang menarik dan paling penting, meningkatkan semangat motivasi dalam diri aku sendiri. Aku harap korang pun begitu. Ada masa aku akan compile semua kisah motivasi tersebut untuk tatapan korang...


Sewaktu post ini ditulis, hujan turun lebat dengan dahsyatnya di luar...Di Sabah pun suda kena tempias angin monsun timur laut... Berhati-hati aku nasihatkan untuk korang semua. Sekarang ni, tak kiralah di darat atau lautan atau di awan biru, bahaya ada di mana-mana. Aku doakan korang sentiasa sihat. Tepat jam 2:10 pagi, 1 Disember 2009...Dah sampai bulan yang terakhir rupanya....November?? Semuanya telah berakhir....Zzzz...



2 comments:

abd hakim said...

sy dah bg PM di wangcyber. Terima kasih wanie...

-abdhakim-

: bluedianthus : said...

Terima kasih abdhakim...:)Semoga awak sihat selalu

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails