TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, November 18, 2009

Home » , , , , » Sejauh Mana Imaginasi Cemerlang Anda?

Sejauh Mana Imaginasi Cemerlang Anda?


Bertemu lagi kita di dalam blog aku yang tak seberapa ni. Semoga kerja-kerja yang korang hari ni berjalan dengan lancar dan teratur. Hari ini aku menerima satu email yang tak kukenali a.k.a spam email (huu...i hate spammers..) yang menyatakan dia ada lebih daripada 900 ribu email untuk dijual pada harga RMXX. Siap tunjuk screenshot lagi!! Setahu aku, email adalah rahsia dan jarang orang dedahkan kecuali untuk orang-orang yang kita kenal, ataupun kalau kita dah subscribe dengan mana-mana newsletter..itupun selepas kita sendiri yang mengesahkan link subcription tersebut. Adalah menjadi suatu kesalahan dalam undang-undang siber sekiranya menjual nama email. Memang la, undang-undang siber ni susah sikit nak dikawal. So, bagi korang yang selalu terima email2 spam macam nie, jangan la terus delete email tu, report dulu sebagai spam...barulah delete.

Alamak...nampaknya dah off topic ni..hehe.. Hmm...bila nampak perkataan "Imaginasi Cemerlang" ni, mesti korang dengan secara automatiknya teringat dengan penulis buku "Membina Imaginasi Cemerlang", Dr. HM Tuah Iskandar kan?..hehe.. Itulah yang dinamakan sebagai "trademark". Walaupun beliau telah berjaya menerbitkan banyak lagi buku bertaraf "best-seller", buku dia yang satu ni masih lagi melekat di hati para pembaca setia a.k.a pembeli buku dari penulis ni...


Sejauh mana imaginasi cemerlang yang wujud dalam diri aku dan diri korang? Kalau sekadar membina imaginasi cemerlang, tapi tiada tindakan, ia boleh diumpamakan seperti lubuk emas yang belum ditemui a.k.a dicarigali. Segalanya memerlukan 'blueprint" yang jelas dan nyata, tersusun dan siap sedia untuk digunapakai... Ya, gunakan pen dan kertas untuk menulis imaginasi tersebut. Kemudian, bina pelan tindakan step by step untuk menuju ke arah imaginasi tersebut.

Bagi aku, perasaan bagus dalam diri amat membantu (bukan perasan bagus ah, tapi perasaan yang bagus..perasaan yang tenang maksud aku). Maksudnya, dalam apa keadaan sekalipun, kita harus memberi hati dan minda kita suatu perasaan yang "segar", beri diri kita suatu ketenangan. Hmmm...contohnya, ketika kita penat menyudahkan sesuatu perkara, "hadiahkan" diri kita sesuatu untuk menghargai usaha dan kerja kita tu. Aku dah buat dan ianya suatu yang sangat menyeronokkan..hehe..

Selamat membina imaginasi cemerlang dengan CM dan SubCM anda (nak tahu lebih lanjut boleh beli buku Dr HM Tuah Iskandar fasal cm dan subcm ni..)...Gemerlapkan imaginasi anda...

p/s: Jangan lupa Pertandingan Menulis Kisah Motivasi masih berjalan...11 hari saja lagi...:)



Undergoing MyBlogLog Verification

10 comments:

aminjohar said...

Leh start wat Imaginasi Cemerlang ngan blog. :-)

nuaeman said...

spammer macam tu sentiasa wujud.. claim itulah... inilah... mungkin itulah imaginasi cemerlang mereka kot..

: bluedianthus : said...

@ AJ, jom buat sama2 ye...;)

@ nuaeman, betul2, tapi sayangnya imaginasi cemerlang yang tidak sihat...:)

ardmad said...

Wajah adik ni mengingatkan abg tentang cinta kecundang pda tahun 2001 yg lepas...Wajah yg comel berspek mata, keibuan serta serius dalam kerjaya (kerja bank), telah membuatkan hati abg buat pertama kalinya terbuka untuk memikirkan tentang alam rumahtangga...Namun, abg tersilap langkah sebab...sebab...abg tk mampu nak teruskan...(sedih sgt). Dia juga cintakan abg (kmi sebaya) tpi tu le...abg trsilap langkah smpai dia terkahwin dgn org lain...Selepas peristiwa tu, hati abg terlalu trluka smpai abg tk mampu nk pkir psal kahwin lg...Mungkin adik nk kutuk abg ni sebagai 'mat cintan' sb tulis mcm ni...Lantaklah...smenjak pristiwa tu, hati abg dh brtukar jd sentimental...Jgn marah dik...Muka adik ni btul2 ada iras dia...Dan abg masih mengingati dia kini, sndirian terpendam dlm hati...Tiba2 abg jd tersenyum sb tgk gmbr adik...memikirkan sejarah tkkan mungkin berulang...abg telah terlepas detik paling berharga, indah dlm hdup abg yg sekali ni dan ianya tk mngkin berulang...Akhir kta, maafkan abg sb tnggalkan komen yg tk brmakna mcm ni di blog adik ni...cuma abg tringat...dan dapat jugak trsenyum dengan 'mendalam' setelah dok asyik berduka spanjangan, bila tgk wajah adik....ersante.com

: bluedianthus : said...

@ ardmard...terlebih dahulu saya tumpang bersedih di atas cinta ardmard yang kecundang itu. Mungkin ardmard dengan wanita itu tidak ada jodoh untuk berumahtangga dan hidup bersama-sama. Tapi, janganlah sampai serik untuk berkawan dan mencari pengganti. Life must go on orang kata.

Ardmad tentu percaya ada ramai orang yang memiliki paras yang seiras atau hampir sama. Saya pun tumpang gembira kalau ardmad mampu tersenyum melihat gambar di dalam blog ini. Saya masih boleh kaitkan sejauh mana imaginasi cemerlang ardmad, iaitu, sesuatu yang indah itu tidak mungkin dilupakan ataupun luput dari ingatan. Buat apa mengenangkan kesedihan yang ada, kan ada lagi kenangan manis bersama dengan dia . Itulah yang ardmad kena hargai dalam hidup.

Apapun, semoga dapat mencari insan lain yang dapat membahagiakan ardmad, saya doakan...:)

IYAN1982 said...

Bluedianthus Cantik seperti sitenya sangat menarik

: bluedianthus : said...

@ iyan1982...
terima kasih di atas pujian..
sama2 la kita memperjuangkan dunia blogging...never lose your best idea..:)

Jawatan Kosong said...

Imaginasi tu penting, baik tu dipake didunia kerja atau tuk kreativiti kita. Salam, jawatan kosong

: bluedianthus : said...

betul tu, sangat penting walau dalam apa bidang yang kita terokai..salam kenal..:)

RantZ RcheL said...

nice post

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails