TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, November 23, 2009

Home » , , » Satu Cetusan Idea Yang Mudah

Satu Cetusan Idea Yang Mudah

Hujung minggu ni aku sibuk dengan aktiviti yang memerlukan aku menggunakan banyak tenaga fizikal daripada tenaga daya fikir. Aku yakin setiap daripada kita sentiasa inginkan masa yang santai dan kadang-kadang tu nak juga duduk bermalas-malasan (dalam masa yang singkat la..hehe..). Hidup sebagai seorang blogger memang menyeronokkan, sebab setiap hari ada saja benda yang boleh aku boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ni...

Hari ni aku nak berkongsi satu kisah bagaimana tercetusnya idea aku untuk menghantar satu artikel berbahasa Inggeris ke satu website yang tak asing lagi di kalangan blogger ataupun free-writer seluruh dunia, Ezinearticles.com. Kebanyakan orang yang menghantar artikel ke website ini mempunyai motif masing-masing, samada ingin mempromosikan blog atau website mereka, mencabar kebolehan diri sendiri dalam menghasilkan artikel yang unik, meningkatkan kredibilliti, ingin menonjolkan kreativiti dan banyak lagi. la Kebanyakannya adalah bagi mendapatkan sumber trafik unique visitors datang ke blog ataupun website. Bagi aku pula, aku saja ja mecuba menulis artikel mudah untuk menarik lebih ramai pelawat ke blog bahasa Inggeris aku iaitu willpowerwithin.blogspot.com.


Artikel yang aku tulis tu memang cukup mudah iaitu Writing About Yourself Now. Panjang artikel tersebut hanyalah sebanyak 263 patah perkataan. Aku tulis la kenapa nak tulis pasal diri sendiri, itu ini, kenapa, macam mana..segala ayat yang aku tulis adalah secara spontan. Tapi aku pastikan yang aku selitkan ayat motivasi sebab blog aku berkaitan dengan motivasi. Grammar aku tak fikirkan sangat sebab aku tahu artikel yang aku hantar nanti akan direview secara individu oleh pihak Ezine tu. Dah siap semua, aku pun send, sehari selepas tu artikel aku dah kena approved.

 
Sehingga post ini ditulis, artikel aku tu telah dibaca sebanyak 63 kali...dan ada 4 orang yang telah klik URL aku...Bukan sebab artikel aku ni menarik atau tidak tapi pihak Ezine telah meletakkan artikel aku ni diletak pada high-traffic homepage selama 48 jam..maksudnya artikel aku berpotensi tinggi untuk dibaca.

Hmm...jadi sesiapa yang suka menulis, korang boleh la cuba bakat korang dan kemudian hantar ke Ezine. Tak perlu la guna ayat yang power-power kalau nak buat artikel ni. Ini cuma pendapat peribadi aku la. Siapapun boleh jadi jutawan...eh salah...jadi penulis...hehe... Apa yang penting, kita dapat memberi sesuatu yang boleh dipelajari. Tulis la apa saja, asal tidak melanggar sentimen perkauman, fahaman politik dan undang-undang yang membolehkan anda layak memasuki ISA...huhu.. Sekian saja perkongsian aku tentang artikel pertama aku di Ezine..Maaflah, post kali ni panjang sangat...:)


6 comments:

aminjohar said...

Sebelum ini AJ pernah dengar pasal Ezine ni. Cuma malas nak godek2x. Kira Ok Besrt r apa yang bluedianthus explainkan ini. Leh try nih.. Nak cuba bakat yang terpendam.. hehehe :D

Janji traffik mali.. :D

Thanks :-)

: bluedianthus : said...

AJ dah banyak pengalaman, banyak yang boleh AJ kongsikan..bila Ezine first AJ dah published kat Ezine tu, jangan lupa bagitau sy k...

Oh, traffic mesti dapat...:)

nuaeman said...

Aku ni artikel yang ditulis dah banyak tapi tak disubmit-submit ke ezine. banyak ke triod, Associate content, helium serta blog2 niche aku.. bagus jugak sebanrnya submit ke ezine ni.. dapat backlink dan traffik sekali.. kalau rezeki lebih mungkin boleh dapat sales affiliate..

akuchey said...

wow bagusla dapat jugak listkan artikel kt ezine.Saya dah berkali try tak pernah2 dapat.

Arifin Ismail said...

Kire ok le tu ..artikel bluedinathus dapat response
Tak penah cube ke press release?Kat situ pun mudah nak dapat trafik.tapi kene bayar sikit.

nuaeman said...

baru saje submit.. arini dah approved..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails