TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, November 6, 2009

Home » » Pertandingan Menulis Karya Motivasi

Pertandingan Menulis Karya Motivasi



Salam sejahtera buat semua pembaca di blog kesayangan aku ni...hehe..
Ini ada satu berita yang ditunggu-tunggu selama ni suda tiba...
Terlebih dahulu, aku nak umumkan hadiah yang bakal dimenangi:
Hadiah:
1. Tempat Pertama : RM55.00 + 7 Kupon Rebate
2. Tempat Kedua : RM40.00 + 4 Kupon Rebate
3. Tempat Ketiga : RM30.00 +3 Kupon Rebate
4. Slogan Terbaik: RM22.00 + 2 Kupon Rebate
5. 3 hadiah saguhati: [RM10.00 + 1 Kupon Rebate setiap satu]
* Kupon Rebate sebanyak RM6 ke atas mana-mana pembelian produk yang dipromosikan di dalam blog ini.
Karya yang harus anda tulis ialah : "Kisah Bagaimana MOTIVASI Menjadikan Saya Seorang Yang Berjaya".
Kisah tersebut merupakan kisah sebenar yang berlaku dalam kehidupan korang. Aku ulang, kisah benar, bukan pura-pura...jadi biarlah bersikap jujur. Aku ni kira boleh laa juga dalam hal-hal tracing ayat-ayat yang skeptikal a.k.a klise dalam ayat...hehe... Sebelum itu, suka aku nak jelaskan tentang perkataan "berjaya" itu sendiri. Berjaya itu luas maksudnya, sebagai contoh, kalau tak berjaya masuk menara gading, tapi berjaya membina kerjaya sendiri, masih juga didefinisikan sebagai berjaya. Kisah yang anda tulis itu mestilah jelas dari segi kronologinya. Maksudnya, pembaca dapat mengetahui carta alir ataupun usaha-usaha yang korang lakukan dalam usaha mencapai kejayaan tersebut.
Syarat-syarat penyertaan :
1. Warga wangcyber dan mempunyai lebih daripada 100 post ATAU
2. Warga sabahforum dan mempunyai lebih daripada 100 post ATAU
3. Warga KelabMalaysia dan mempunyai lebih daripada 100 post ATAU


4. Minimum 20komen mengenai entri-entri di dalam blog ini. (post yang tidak berkualiti tidak akan diambilkira yaa...maaf…). Komen mengenai pertandingan ini juga akan dianggap sebagai spam dan penyertaan terbatal serta merta.
5. Karya akan diadili dari 7 segi : kesan kisah dalam karya tersebut dan refleksi terhadap motivasi, penggunaan frasa dan bahasa, susunan ayat, keaslian, kronologi penceritaan, tatabahasa, gaya penulisan yang menarik dan mantap!
6. Tulisan mestilah asli, sebarang plagiat tidak akan dipertimbangkan.
7. Karya yang dihantar menjadi hakmilik pemilik blog ini sepenuhnya.
8. Bahasa yang boleh digunakan adalah dalam Bahasa Melayu sahaja.
9. Panjang karya anda hendaklah di antara 1000 - 1500 patah perkataan sahaja.

10. Sila hantar karya anda ke email : bluedianthus@gmail.com sebelum atau pada 30 NOVEMBER 2009 (11:59pm)
Lengkapkan juga slogan ini: “Definisi motivasi bagi saya ialah……..” (kurang daripada 100 patah perkataan sahaja) dan hantarkan bersama-sama dengan karya tersebut. Sila letakkan butiran peribadi :
Nama Penuh:
Email:
No Handphone:
URL Blog/Website(jika ada):
Nickname di wangcyber/sabahforum/blog:
11. Keputusan pemenang dalam cabaran ini adalah muktamad.
p/s: Sedikit nasihat dari aku, imbas kembali kejayaan yang pernah korang kecapi...kejayaan yang paling manis sepanjang tempoh korang hidup dalam dunia ini. Jangan biarkan ianya pudar dari ingatan..tulis biar jelas...huraian biar tuntas...(baru dapat idea ni, automatik...hehe...)
p/p/s: Hadiah tidak boleh dipindahmilik. Nama peserta mestilah sepadan dengan pemilik akaun MBB/CIMB yang aku nak transfer hadiah tu.
p/p/p/s: Nama pemenang akan disiarkan dalam blog ini dan akan dihubungi melalui email/telefon.
Selamat berkarya...
Dengan rasminya aku mengumumkan, cabaran bermula, sekarang!!!
Ikhlas;
Warnnie Musah


Update: kisah motivasi anda boleh ditulis dalam forum yang anda sertai juga, ini memudahkan aku mengenalpasti berapa banyak post yang korang buat... 


10 comments:

x-po said...

huhu byk gle syarat2nya..dh la aku ni baru je join WC..mana la nk dpt 100 post tu..oh tidak

: bluedianthus : said...

Laa...kan ada syarat yang lebih longgar...20 komen di blog nie, dah bleh join contest ni...jangan mengalah...awak boleh.. ;)

farra said...

aku suka ikut ni..tp bleh ka?mcm nda cukup syarat aku tau..elobrate lg..apa2 ja pasal motivasi?aku jarang komen sama ko jg..dan, blog aku nda dpt dikomen..lama suda gtu..

: bluedianthus : said...

hai farra...oh, aku rasa ada setting yang ko kena buat dalam comment moderation ko tu...cuba ko try and error dulu...Cukup syarat suda tu klu ko ada 20komen di blog aku ni.. Ya, apa2 ja fasal motivasi.. Contohnya,macam mana ko berjaya menyiapkan tesis ko ka, macam mana ko berjaya habiskan pengajian ko, halangan yang ko tempuhi time tu.. chaiyo2....

farra said...

aku paling suka bab2 motivasi ni...hehe..tp, minggu ni smpi minggu depan aku really2 busy..next week ada conference di KL..10 hari sana..bila tarikh tutup contest ni?..esei..iya..nnt la aku try cari comment tu..ish, bosan tul aku nda kena komen blog aku tu..:(

: bluedianthus : said...

oh..goodluck for your conference farra..hujung bulan ni, samapai 30hb tarikh tutup dia...Ya, nanti ko atur2 la apa yang patut dalam blog ko tu ah..

nuaeman said...

aku suka menulis.. berkenaan kisah-kisah kehidupan ni samada ada yang terjadi pada aku atau orang sekeliling.. Insya_Allah aku akan hantarkan penyertaan. salam kenal

: bluedianthus : said...

Sorry lambat reply comment nuaeman..kawan2 ini la dia pemenanng pertandingan Menulis Kisah Motivasi...nuaeman...:)

Si budak Aboi said...

bile dateline ni?

: bluedianthus : said...

@ Aboi...
Aboi,dah lepas dah tarikh tutup ni.:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails