TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, November 12, 2009

Home » , , , » Dari Mana Datangnya Kejayaan?

Dari Mana Datangnya Kejayaan?

Entri kali ini bersifat sedikit istimewa kerana saya akan menggunakan bahasa melayu formal aras sederhana sepenuhnya. Sebab utamanya ialah kerana saya ingin menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan motivasi dalam diri kita. Semoga ianya memberikan kita sesuatu yang bermanfaat di samping memotivasikan diri anda dan juga saya. Bersempena dengan Pertandingan Menulis Karya Motivasi yang diadakan dalam blog ini, saya terpanggil untuk menulis sebuah lagi entri yang juga bertemakan motivasi. Selamat bermotivasi...


Ya, motivasi merupakan suatu elemen yang penting tidak kira dalam apa sahaja yang ingin kita lakukan. Mengapa motivasi? Mungkin ada yang berpendapat dari sumber kewangan juga dapat menjamin kejayaan seseorang untuk terus berjaya dan menggapai impian yang diidam-idamkan. Namun demikian, di saat-saat anda dan saya mengalami rintangan dalam usaha mencapai kejayaan yang diidamkan, wang ringgit tidak akan dapat memberikan kita ketenangan dalammenghadapi kesukaran. Hanyalah dengan motivasi diri yang tinggi dapat menyemarakkan kembali semangat yang kian pudar dek dihalangi oleh liku-liku yang sememangnya harus ditempuhi...


Adakah anda bersetuju apabila saya katakan kejayaan itu datangnya dari kegagalan? Percayalah, kegagalan itu adalah suatu kejayaan yang tergendala. Kejayaan itu sebenarnya sedang menunggu anda dan saya. Anda mungkin sudah membaca ataupun mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Namun, pernahkah anda mengimbau keadaan semasa mereka baru sahaja bermula? Ya, kebanyakan mereka yang berjaya pada hari ini adalah mereka yang dulunya "bukan siapa-siapa." Bagaimana agaknya mereka ini boleh berjaya? Jawapannya, MOTIVASI.


Sungguhpun begitu, tidaklah saya menekankan perkataan motivasi ini semata-mata yang mendorong kepada wujudnya kejayaan. Terdapat elemen-elemen sokongon yang memerlukan sesuatu impian itu dicapai seperti, yakin, sabar, usaha keras, semangat ingin belajar dan banyak lagi yang tidak dapat saya nyatakan satu per satu. Dan yang satu lagi itu tidak boleh kurang, NIAT dan DOA yang ikhlas kepada Tuhan...


Semoga entri kali ini memotivasikan anda walaupun 1%..kerana 1% itu boleh menjadikan seorang pelajar lulus dalam peperiksaannya, kerana 1% itu boleh melonjakkan nilai sesuatu matawang di pasaran saham...


Salam kejayaan untuk semua...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails