TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 16, 2009

Home » , , , , , , , » Wang atau Kebahagiaan?

Wang atau Kebahagiaan?

Bukan semuanya dapat dibeli dengan wang, tapi harus kita akui bahawa hampir segala-galanya di dunia ini memerlukan wang. Satu persoalan, dapatkah wang membeli kebahagiaan? Aku dapat teka tentunya 99% jawapan yang korang berikan adalah "TIDAK".

Sememangnya kebahagiaan tidak dapat dibeli ataupun dilelong dengan sewenang-wenangnya. Bagi aku, wang ringgit hanya sebuah pelengkap dalam sebuah kehidupan. Agama mengajar kita supaya sentiasa mensyukuri apa sahaja yang sedang kita nikmati pada saat ini. Walau bagaimanapun, tidak pula wujud larangan bagi setiap kita dalam usaha mencapai kebebasan kewangan dalam hidup.

Memetik kata-kata seorang yang merupakan orang kedua terkaya di dunia, Warren Buffet; "The Happiest people do not necessarily have the BEST of all. They simply appreciate what they find on their way". Inilah yang telah mendorong beliau mendermakan sejumlah 30bilion USD kepada aktiviti kebajikan masyarakat.

Antara ayat yang sering aku 'programkan' ke dalam 'hardisk' aku. Bila ada hasil sedikit, berilah kepada mereka yang memerlukan. Contohnya, mangsa gempa bumi di Indonesia, mangsa taufan Parma di Philippine..bla..bla...banyak lagi. Jangan jadikan alasan tak tau macam mana nak sumbangkan...ataupun dalam otak kita berfikir, "Ah...ramai lagi jutawan yang boleh derma." Tuhan tidak melihat sebanyak mana sumbangan kita, tapi sejauh mana hati kita ingin menolong atas dasar kemanusiaan. Semoga berjumpa di post yang lain...<smile>

p/s: screenshot bukan menunjuk2 ah, (nak menunjuk apa jugak, rm3 ja pun, beli reload pun nda cukup..hihi). klik untuk lihat imej yang jelas

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails