TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 23, 2009

Home » , , , » Misi Sumbangan Dah Tertunai..Yes!!

Misi Sumbangan Dah Tertunai..Yes!!

Selamat mem'blogging'kan diri untuk para blogger yang kreatif, inovatif dan berpemikiran kritis. hehe.. Harap-harap tak la terbang sampai ke angkasa lepas bila kena puji ah...hehe...

Post kali ni aku nak ceritakan kejayaan aku mendermakan €1.00 EUR kepada Burgomiester's Free Ebooks online. Sesiapa yang ada terbaca post aku yang lepas tentang kisah aku membeli satu ebook tentang
Virtual Credit Card tau la fasal sumbangan yang aku bagi ni. Kalau yang tau fasal saham ni tau la, matawang € ini la yang paling mahal di dunia, nama pun Great Britain Pound Sterling (GBP). 1 USD pun lebih kurang 0.6535 Euro. Hmmm...kalau macam tu €1 tu bersamaan dengan RM5.052...pheww...

Wah, mahalnya matawang dorang kan. Kenapa aku baik hati sangat nak derma untuk Burgomiester's free Ebooks Online ni? (adoi, nak sebut pun nak tergeliat lidah...haha..). Sebabnya kalau nak tau, kos maintainence website ni setiap bulan adalah $64. Bayangkanlah dalam setahun kena bayar $768 (RM2595.072) untuk setup semua content dalam website tu.. Dan aku adalah salah seorang yang sangat aktif dalam mendownload ebook di website tu...dan sebagai tanda ucapan terima kasih aku, aku hulurkan €1 aku sebagai tanda terima kasih aku untuk mereka.

Walaupun tak seberapa, semoga aku dapat pahala yang banyak, tak kisahlah dalam bentuk wang ringgit, kebahagiaan, ataupun otak yang cepat untuk belajar sesuatu...amin...Orang yang memberi akan menerima 2 kali ganda daripada yang diberikan...Sekian dan jumpa lagi di post aku yang akan datang...
p/s: screenshot ni ditutup sebahagian kerana ianya confidential...harap maklum

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails