TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 8, 2009

Home » , , , , » Indonesia Menangis

Indonesia Menangis

Salam sejahtera sekali lagi aku ucapkan untuk pembaca blog ini. Mungkin ada yang heran kenapa tajuk dan kandungan post aku kebelakangan ni semuanya sedih-sedih ja. Semuanya ni ada kaitan dengan berita yang baru aku tengok semalam...ribuan rakyat Indonesia hilang tempat tinggal dan hidup sehelai sepinggang selepas tragedi gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di Padang, Indonesia.

Bagi aku yang tak mempunyai kudrat dari segi kewangan untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di sana hanya mampu mendoakan agar mereka tabah dalam menempuhi kehidupan yang mendatang. I mean, they have to start a new life ahead....dan aku tahu bukannya senang untuk bermula dari zero. Suatu kajian yang telah dijalankan, seseorang yang mengalami trauma bencana alam (eg: seseorang yang kehilangan kesemua ahli keluarga) akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih, bahkan ada di antara mereka tidak dapat "bangkit" daripada igauan buruk tersebut.

Di sinilah, sikap "menyerah kepada ketentuan takdir" harus diterapkan dalam sanubari. Pada pendapat aku, sokongan moral itu lebih penting daripada memberikan wang ringgit semata-mata. Wang ringgit pun rasanya tidak ada nilai lagi pada masa itu, lebih baik kalau salurkan saja makanan, pakaian, ubat-ubatan ataupun alatan pencegahan penyakit dll yang difikirkan perlu. Ianya lebih praktikal dalam situasi mangsa-mangsa gempa bumi di Padang khasnya.

Renung-renungkanlah betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia ini...
Sampai bertemu lagi di entri yang lain...

p/s: Hari ini merupakan hari yang amat bermakna dalam hidup seorang kawan aku, kerana ketika post ini ditulis, mungkin dia sedang dalam perjalanan menuju ke kota Jepun, untuk melanjutkan pengajiannya.. Best of Luck aku ucapkan untukmu sahabatku...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails