TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 5, 2009

Home » , , , » Harijadi Yang Bermakna

Harijadi Yang Bermakna

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali buat pembaca yang mengikuti perkembangan blog aku yang tak seberapa indah ni..hari ni aku nak berkongsi mengenai sedikit profil fasal salah seorang adik aku yang baru saja menginjak umur 17 tahun hari ni (5 Oktober).. Sweet Seventeen la katakan, hehe.. Mylsa Avinnie Musah, nama yang aku rasa belum ada lagi di dunia ni, hehe...


Adik aku yang sorang ni seorang yang periang, bijak, peramah, dan paling best sekali, cantik macam aku...haha.. Tahun ni dia akan menghadapi peperiksaan ketiga besar dalam hidupnya, SPM (selepas UPSR dan PMR). Aku percaya a.k.a yakin bahawa rajin dan usaha adalah tangga kejayaan dalam hidup. Mereka yang berusaha dan kerja keras untuk mencapai sesuatu, kejayaan mereka akan lebih dihargai berbanding dengan kejayaan yang dicapai dengan mudah. Aku yakin 110% adik aku akan berjaya mencapai apa yang dia inginkan dalam hidupnya.


Sedikit karakteristik mengenai adik aku ni. Seorang yang kuat ketawa, perawakan yang ceria, suka menjadi diri sendiri, yakin diri. Dia ni la yang selalu bergaduh dengan adik bongsu aku, begitu juga dengan yang lain2, tapi tak la sampai Perang Dunia Ke 3, hihi.. Tapi bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Hubungan kami adik-beradik tetap utuh dan malar segar setiap hari. Semasa blog ini ditulis, aku menghitung hari kepulangan adik aku, Farahhannie dari Kolej Matrikulasi Labuan. Siap countdown lagi, "Ada 17hari lagi Gurlz mo balik"...hihi..



Ter'panjang' pla post kali ini, minta maaflah kalau boring a.k.a annoying membaca post aku ni. Hmm...aku nak bagitau sesuatu la, rasa selesa pulak bila dah separate niche bahasa melayu untuk blog aku ni. Laju ja jari aku menaip apa yang ada dalam kepala aku ni...hehe..Akhir sekali, aku nak ucapkan Selamat Harijadi untuk adik aku, Mylsa Avinnie Musah yang ke-17, Sweet Seventeen(bukan band kumpulan yang kita selalu menyanyi nda sedar diri di rumah tu ah..wakaka..). Semoga ceria dan sihat selalu, Goodluck untuk SPM tahun ni, Goodluck juga untuk PLKN Januari tahun depan.



Sayang selalu dari kakakmu yang gila-gila ni...Lagu "Aku Sayang Padamu ~ Atiek" khas untukmu...Semoga harijadimu pada tahun ni membawa seribu satu makna dalam hidupmu... sayang selalu..



2 comments:

Farahhannie said...

Haha.. betul betul betul.. Happy birthday saya ucapkan kepada c Mylsa nie.. Belajar rajin2 kio.. (haha.. betul ba kak,kamu buat countdown? lucu plak.. wakaka!)

:: bluedianthus :: said...

ya, tapi kesian ni teda kena sambut sebab mummy keja malam...Yup, buat countdown kunun nie...haha....cepat2 ko beli tiket kio...:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails