TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 22, 2009

Home » , , , , » Dia Datang Lagi...

Dia Datang Lagi...

Selamat bersua lagi dalam entri terbaru dalam blog ni. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang terkawal. Semasa post ini ditulis, aku sebenarnya ditemani oleh sahabat setia aku yang sentiasa datang tanpa diminta dan pergi tanpa disuruh..namanya..migrain ataupun dalam bahasa melayu sakit kepala..hehe

Migrain ni sangat setia dengan aku sejak aku masih lagi bersekolah di darjah rendah. Bila datang ja sakit tu, mamang aku rasa kepala aku macam ada "time bomb" yang tak ada alat kawalan jauh. Sakitnya memang sakit (tak tau macam mana nak explain...hehe..)

Aku pun tak taulah dah sampai peringkat mana level migrain aku ni, aku jarang ambil peduli dengan migrain aku ni. Mummy aku a.k.a merangkap perunding kesihatan aku memang dah sediakan dari awal lagi ubat migrain untuk aku. Tapi keburukannya, lepas makan ubat tu, confirm rest in peace...eh, silap...confirm tidur nyenyak maksud aku...hihi...

Tapi sekarang ni, aku jarang makan ubat tu sebab ubat yang paling mujarab ialah TIDUR..hehe... Aku tau korang-korang di luar sana tu pun memang kurang tidur kan...jadi praktikkan cara aku ni...tidur sekejap time rehat tengahari... Kita ni bukannya robot, kita ni macam gadget handphone kita juga, we need to be recharged...rehat la tu maksudnya. Kalau cara aku, time dalam makmal aku akan tidur lepas makan tenghari..tidur sambil duduk la...ok jugak la tu kan...haha.. Lepas bagun dari tidur tu, aku rasa segar balik..walaupun mungkin produktiviti semakin berkurangan...at least otak tu ada la masa rehat kejap...

Jadi kepada, kawan-kawan yang migrain tu macam aku, atau lebih teruk lagi macam migrain + insomnia dan sewaktu dengannya, jangan lupa untuk tutup mata tu untuk setengah jam di antara masa rehat yang korang ada. It works for me and hope that it will work for you too...

p/s: Salam Deepavali untuk semua yang beragama Hindu...moga bertemu lagi di lain entri...

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails