TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 6, 2009

Home » , , , , , » Belajar Untuk Bersyukur

Belajar Untuk Bersyukur

Salam sejahtera sekali lagi aku ucapkan untuk para pembaca blog aku ni. Dapat juga aku meluangkan masa untuk menulis sesuatu pada hari ni. Apapun, ku harapkan agar keadaan kesihatan anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Maklumlah, media massa kini sibuk melaporkan segala macam jenis bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.

Taufan Parma di Filipina, gempa bumi di Padang, Indonesia, susulan Taufan Parma di India, banjir di Itali..bla, bla, bla... Apa yang paling menyedihkan adalah sehingga kini lebih 230 nyawa di India melayang begitu sahaja dalam sekelip mata.Apa tidaknya, di saat dunia masih lagi berperang melawan penularan wabak penyakit H1N1, musibah demi musibah menjelma di depan mata.

Aku bersyukur kerana masih dapat bernafas dengan tenang di bumi Malaysia ini. Walaupun "deru" ketidakselesaan mulai kian dirasai, namun masih lagi berada dalam kawalan. Apa yang penting sekarang ni adalah perasaan yang bersiap sedia untuk menghadapi apa-apa bencana yang akan datang. Aku yakin setiap agama dan kepercayaan pada masa sekarang sudah mengetahui bahawa dunia kita ini semakin "nazak".

p/s: Gambar ni telah diedit oleh adik aku (ntah adik yang mana satu, hehe..) ini diambil di kampung sebelah daddy aku. Udaranya masih lagi segar sebab kurang pencemaran udara. Best tinggal di sini, tapi yang susahnya kalau nak mandi time pagi, Sejuk bukan main...huhu..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails