TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 2, 2009

Home » , , » Ada Apa Dengan Suara Kita?

Ada Apa Dengan Suara Kita?

Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku ni,,,(hmm..ada lagi meh yang baca blog aku ni?..hehe..) Hari ni aku terpanggil untuk menulis entry baru dalam blog aku ni. Saja nak berkongsi buah fikiran aku yang tak seberapa ni..

Selasa(29/9) aku dan adik aku pergi ke gereja Likas untuk latihan koir, ini sebagai persediaan persembahan koir di Gereja Kota Marudu pada 17 dan 18 haribulan Oktober nanti. Aku dan adik aku memang lambat sampai lebih kurang pukul 8.30pm...(as usual..hihi..). Dipendekkan cerita, lagu yang kami praktis tu aku dan adik aku memang tak dapat nak nyanyi sebab temponya 4/4 beat tapi melodi yang dimainkan ialah 2/4, jadi serba salah juga samada nak nyanyi atau tidak. Disebabkan choirmaster suda tetapkan kena nyanyi dalam tempo macam tu, kami pun kenalah berlatih nyanyi seperti yang disuruh...(klu tak faham tentang tempo 4/4 atau 2/4 tu pun tak apa, aku cuma nak jelaskan yang aku dan adik aku pandai nak nyanyi ikut tempo 2/4 tu...okies)

Pada pendapat aku yang tak seberapa ni, kalau nak menyanyi lagu yang bersifat keagamaan ni, kenala ada perasaan rendah hati dan sifat ingin belajar...jangan takbur bila ada suara yang bagus...semua tu Tuhan yang bagi pinjam dengan kita..betul kan. Aku fikir semua lagu yang bercorak keagamaan tidak menekankan kepada suara yang bagus, sejauh mana lunak suara yang dikeluarkan pun, kalau tidak ada hati yang tertuju kepada Yang Maha Esa, tak guna jugak pun...mungkin hanya sekadar hiburan untuk orang-orang yang mendengar, sampai di hati manusia, tapi adakah lagu yang kita nyanyikan itu akan sampai kepada Yang Berhak Menerimanya? Fikir-fikirkanlah...jadi gunakanlah suara yang dianugerahkan Tuhan untuk sesuatu yang bermanfaat, bukan maksud aku menyanyi lagu-lagu duniawi tu tak boleh, (psst...aku ni pun salah seorang peminat tegar kumpulan muzik dari Indonesia..hehe..)


p/s: Ahad lepas, 27hb (september) lepas, parents aku, adik2 aku ngan aku sekali (hehe..) hantar adik aku, Farahhannie a.k.a Okizari Ryu menaiki kapal (laut) ke Labuan (ayat skema...hihi) ke Labuan. Harap2 pelajaran dia ok jak sana...(harap-harap dia ada baca jugak entry yang aku post ni...miss you my sister..hanya gambar kita berempat ni jadi pengubat rindu...)

2 comments:

ardmad said...

Nampaknya, kakak le yang paling lawa...adik pun lawa jugak, tp...kakak paling lawa.... :-)

: bluedianthus : said...

@ ardmad..
Terima kasih..semua ni ada keunikannya masing2..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails