TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 26, 2009

Home » , , , » Ada apa dengan Internet?

Ada apa dengan Internet?


Selamat bertemu lagi buat pembaca setia blog aku ni...semoga sihat-sihat di samping keluarga yang tersayang. Hari ni aku sedikit teruja nak bagitau, selama tiga hari berturut-turut menerima 3 requests untuk menjadi kawan dalam friendster aku. Jadi aku pun cubala membelek-belek profile diorang ni.


Jadi setelah aku lihat dan baca sedikit profile mereka ni, kebanyakan mereka ni masih berusia belasan tahun lagi, terutamanya yumi yang berasal dari Filipina, (17 tahun) dan carmena alojado juga dari Filipna (aku rasa umur dia bukannya 41, tapi 14 tahun mungkin sebab nak buat akaun friendster ni, dia tipu umur...heheh...). Tengok muka pun dah tahu usia masih belasan tahun. Yang aku tanda dalam bulatan merah tu aku yakin mereka berusia belasan tahun, kalau silap minta maaflah..Tapi yang aku heran, kesemua mereka ni berasal dari Filipina.Heran aku..Ada yang datang dari Bacolod City, Binan Laguna, Bulacan dan macam-macam tempat lagi.




Kalau dulu aku selalu accept ja orang yang request jadi kawan aku, sekarang ni tidak lagi. Kan kawan dah ramai..hehe...Jadi bila aku fikir, Manila baru saja dilanda taufan Parma beberapa minggu lepas, mereka masih sempat membuka friendster? Ada 2 perkara yang aku fikir. Pertama, tempat mereka bersekolah ditutup kerana musnah dalam kejadian taufan Parma, jadi bagi anak-anak golongan kaya ni, mereka menghabiskan masa untuk melayari internet sepanjang masa. Kedua, mereka ni diberikan masa untuk melayari internet secara percuma oleh kerajaan Filipina sebagai usaha membanteras remaja daripada melepak ataupun melakukan perkara kurang baik seperti vandalisme, gangsterisme, mencuri dan sebagainya.


Tak taulah aku, tapi aku harap mereka-mereka ni tahu penggunaan internet yang betul dari segi etika. Taulah internet ni kan, MMA (macam-macam ada...pinjam trademark ASTRO).


p/s: sehingga post ini ditulis, aku baru accept 3 lagi requests, juga dari kota Filipina...hmmmm??

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails