TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, October 18, 2009

Home » , , » Ada Apa Dengan Budak-Budak Zaman Sekarang?

Ada Apa Dengan Budak-Budak Zaman Sekarang?

Hello dan selamat berblogging wahai kawan-kawanku yang sentiasa mengikuti perkembangan terbaru blog aku ni..Terima kasih aku ucapkan...post hari ni aku nak bercerita pasal budak-budak zaman siber..hihi..

Sekarang ni, penggunaan gagdet seperti handphone, iPod bukanlah suatu benda yang asing untuk budak-budak masa kini. Adik aku yang bongsu pun lagi hebat menggunakan handphone tau, siap ada signature lagi dalam setiap sms yang dihantar....hihi...

Pengalaman 8 tahun aku dalam mengajar budak-budak di kelas pendidikan agama gereja membolehkan aku mengenali serba sedikit keunikan karakter setiap murid di kelas bimbingan aku. Aku ni taklah baik a.k.a alim sangat tapi boleh la juga jadi role model untuk budak-budak, hehe (puji diri sendiri ni...untuk meningkatkan motivasi diri...) Apa yang aku perhatikan, otak a.k.a minda budak-budak sekarang ni lebih terarah kepada sesuatu yang dapat menarik perhatian dorang. Dorang ni cepat betul boring. Aku rasa 30minit pun sudah agak lama untuk dorang menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diajar.

Mereka ni juga sering terdedah dengan perkataan-perkataan yang kurang baik. Ada-ada ja perkataan yang dikeluarkan dari mulut dorang ni. Lagi satu, ramai yang kuat betul melawan & tidak dengar nasihat. (Biasalah tu kan, kita dulu kecik-kecik pun nakal juga ba kan..hikhik..)

Tapi ada satu yang pasti, mereka ni masih boleh "disentuh" dan "dilentur" menjadi seorang insan yang baik di masa hadapan, kerana..bagi aku, mereka bukannya jahat, mereka cuma nakal...biasalah kan...bak kata pepatah, "Curiosity kills the cat"...Sampai kita berjumpa lagi

p/s: Gambar budak-budak comel ngan adik aku (Farah), diambil sewaktu kelas pendidikan agama di kampung Tampulan

3 comments:

Steward said...

30 Minit tu pun lama sudah tu... Educators should understand individual differences and they way they choose to perceive information, digest and store it. Try another method that might suit them. Let say 10 minutes or learning activity, followed by 5 minutes rest a.k.a interesting activity, and etc...

Steward said...

30 Minit tu pun lama sudah tu... Educators should understand individual differences and the way they choose to perceive information, digest and store it. Try another method that might suit them. Let say 10 minutes of learning activity, followed by 5 minutes rest a.k.a interesting activity, and etc...

:: bluedianthus :: said...

Sia rasa 30 minit standard suda tu... Tapi itu pun untuk tahap 2 la (darjah 4 5 & 6). Modifying Millard Bennett's 30-10 Power Formula is also good method to start with. Ajar 30 minit...lepas tu bagi dorang bercerita fasal kartun2 yang ada moral value selama 10 minutes. Yang paling penting mesej dalam pengajaran. At least dorang belajar something...;)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails