TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 6, 2009

Home » , , , , » Penetapan Matlamat yang Berkesan

Penetapan Matlamat yang Berkesan

Salam ceria sekali lagi aku ucapkan buat pembaca blog aku ni. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Masa aku tengah menulis post ini, ada 10 minit lagi masa untuk aku balik rumah.. Jadi aku pun mengayat=mengarang ayat la dalam blog aku yang jadi peneman setia aku dalam ofis a.k.a makmal research aku ni.. Hmm..memang laris saham AS1M yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita kan, berpusu-pusu orang beratur nak beli saham. Bagusla tu kan, menabung tu kan amalan mulia. Kuota untuk pelabur bumiputera, cina, india dan lain-lain kaum pun aku rasa wajar dan berpatutan. Semoga masa depan kita semua akan terjamin dengan simpanan jangka panjang kan. Hah, pesan aku untuk students IPTA ataupun IPTS yang buat pinjaman pembiayaan pendidikan tu, tak kira la PTPTN, MARA, JPA, MOSTI, Yayasan etc....pandai-pandailah uruskan duit tu, jangan nak melaram beli gadgets yang mahal2. Itu semua nanti beli la lepas dapat kerja kan.. Fokus utama sekarang, belajar sampai tamat pengajian dengan jayanya.. Good luck..


Oppss...kan dah kena ceramah. Sebenarnya aku nak kongsikan satu lagi ebook yang baru aku download a.k.a baca masa rehat tengahari tadi. Penulisnya ialah Khairulnahar a.k.a Thinkerich pemilik 3 buah laman web iaitu pemikirkaya.com, wanggaji.com dan bajetwang.com. Wah, aku rasa memang kaya penulis ni, hehe... Beliau yang baik hati ni memang teramatlah baik hati sebab bagi aku baca ebook dia ni dengan percuma sahaja. Tajuk ebook ni ialah, "5 Cara Menetapkan Matlamat yang Power"...hanya 21 mukasurat sahaja..baca memanglah kejap tapi nak aplikasikan dalam hidup kena ada disiplin dan tindakan susulan(kalau aku ni memang kena ada paksaan dalaman baru dapat buat, hehe...).Daripada pembacaan aku, kelima-lima cara yang ditunjukkan memang sangat releven antara satu sama lain.


Ringkasnya, kalau kurang satu ataupun kita lompat-lompat buat cara tersebut, memang hasilnya pun akan lompat-lompat (macam tupai..hehe..) juga la jawabnya. Jadi, siapa-siapa yang ada matlamat yang menggunung tinggi tu, kena la serius dan bertindak untuk mencapainya. Mungkin 5 cara ini boleh jadi 7, 8 atau 9 cara bagi orang lain, yalah...lain orang lain caranya untuk berjaya kan..tapi biarlah dengan cara yang betul kan. Ok la, di sini aku bagi kata kunci bagi Penetapan Matlamat tersebut:


Cara 1: MATLAMAT MESTILAH SPESIFIK & BOLEH DIUKUR


Cara 2: MATLAMAT MESTILAH MENCABAR & MENARIK!


Cara 3: ANDA MESTI TAHU “KENAPA” MATLAMAT ITU PENTING!


Cara 4: ANDA MESTI ADA PELAN TINDAKAN UNTUK BERTINDAK!


Cara 5: MESTI ADA TEMPOH MASA UNTUK MATLAMAT ANDA



Tengah aku baca-baca tu, aku teringat pla dengan buku "Make Time For Life" karya Jamie Novak yang aku baru baca tu. Hampir menyerupai dengan apa yang cuba disampaikan oleh Novak dalam topiknya dalam "The Problem of Procrastination", cuma perbezaan dari segi huraian dan contoh. Apa yang dapat aku simpulkan..."Action speaks louder than word", jadi apapun yang kita rasa nak buat kenalah ada pelan tindakan..Buat pembaca blog aku yang nak download ebook tersebut boleh la download di link di bawah ni ini... http://www.pemikirkaya.com/ebookpercuma.htm. Selamat menetapkan matlamat anda. Sekian terima kasih..hehe... ; )



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails