TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, August 25, 2009

Home » , , , , , » Napoleon Hill: Think and Grow Rich, Chapter 8 Review

Napoleon Hill: Think and Grow Rich, Chapter 8 Review


Salam sejahtera sekali lagi aku ucapkan untuk pembaca blog aku ni...maaflah lama tak buat post, apa yang penting itu yang aku dahulukan...Kerja penting didahulukan, Paperwork Diutamakan (tema diadaptasi dari 1Malaysia..hihi..).. Apapun, harapan aku korang semua masih setia menemani aku di sini...(muka terharu...sila imagine a.k.a kembangkan imaginasi anda di sini, hehe...)Buat semua pembaca blog ni serta kawan-kawan aku yang beragama Islam aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga puasa berjalan dengan lancar sehingga syawal nanti... : )


Sebelum aku lupa, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab lupa nak bagi URL untuk download free ebook of Napoleon Hill "Think and Grow Rich". Ilmu itu kan untuk dikongsi, jadi siapa-siapa yang berminat nak baca karya Hill ni ble la klik URL ni, http://hunternuttall.com/resources/tagr.pdf. (reading is enjoying...what say you?) Semoga dapat mempelajari sesuatu selepas membaca buku bertaraf best-selling around the world nie...


Okies, seperti yang aku janjikan minggu lepas (ingat meh apa janji tu?..sila tengok post lepas bertajuk "Napoleon Hill: Think and Grow Rich Ebook Review") Kalau tak rajin nak scroll down di main page blog aku, biar aku jadi reminder sukarela jap...(mood aku bagus sikit hari nie..sikit ja la..hehe..). Aku nak buat huraian sikit fasal bab 8 buku Hill tu, fasal Decision: the Mastery of Procrastination. Kalau bab-bab "Prokrastinasi" a.k.a ''Tabiat membuang masa" ini memang selalu menjadi fokus utama aku dalam pembacaan buku digital ataupun fizikal ni, mungkin sebab aku ada masalah ini sejak dari bangku (+ kerusi) sekolah lagi...yup, melengahkan masa melakukan sesuatu walaupun benda yang aku kena buat tu aku boleh buat tanpa ditunda-tunda. Itulah sikap aku yang menjadi tabiat a.k.a rutin time muda-muda dulu..(sekarang tak lagi...insaf suda baa..hihi) Hmmm...jadi bila aku fikirkan, betapa ruginya masa yang aku bazirkan, padahal banyak lagi benda yang boleh aku belajar tanpa membazirkan sedikitpun masa yang ada dalam sehari. Pembaca-pembaca blog kesayangan aku ni, Do not waste your time, treasure it...


Alala..bila mo cerita fasal buku Hill ni kan....huhu... Ok la, antonim kepada perkataan Procrastination ialah Decision...di mana procrastination ni perlu dikuasai a.k.a dikawal secara praktikal oleh setiap makhluk Tuhan yang bergelar manusia. Analisis menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang mengalami kegagalan berpunca daripada kurangnya keputusan yang dibuat terhadap sesuatu perkara. Orang yang lazimnya berjaya dalam erti kata yang sebenarnya adalah mereka yang membuat keputusan yang tepat pada masanya, walaupun terdapat beberapa perubahan evolusi bergantung kepada perubahan yang mereka inginkan...(jangan pening dulu...hihi..)


Kebanyakan orang yang gagal menguruskan kewangan juga adalah disebabkan oleh sifat dan kecenderungan mereka yang mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Hill menyatakan sekiranya kita mudah dipengaruhi oleh pendapat orang lain (disebabkan dilema dengan pendapat-pendapat yang ada, peratusan untuk bertukar-tukar keputusan amat tinggi), kita akan gagal dalam merealisasikan intipati matlamat kita. Keywords dari Hill, "Take no one into your confidence", kecuali group "mastermind" kita. tapi kena juga pastikan pemilihan group mastermind ini bertepatan dengan dan menyokong matlamat dan keputusan kita. Semua itu di atas satu kata kunci iaitu Kuasa..yup,kuasa...(bayangkan kita ada kuasa macam Clark Kent dalam drama series Smallville tu...hihi..)


Kuasa itu sendiri sebenarnya terdiri daripada 6 unsur penting iaitu Keinginan, Keputusan, Keyakinan, Berterusan, Penguasaan Minda dan Perancangan Tersusun. Keinginan yang kuat adalah kunci utama menjelmakan matlamat menjadi realiti. Keyakinan perlu disertakan dengan keberanian. Aku nak tambah sikit dari buku Dr. HM Tuah Iskandar dalam buku dia "Membina Imaginasi Cemerlang", Percaya dan Yakin adalah dua perkara yang sama tapi tidak serupa. Percaya adalah keyakinan 50% dan Yakin adalah kepercayaan 100%. (renung-renungkan la okies...). Berterusan, yup..untuk berjaya usaha yang berterusan diperlukan. Penguasaan minda memainkan peranan semasa kita mengalami kegagalan semasa berusaha ke arah matlamat kita (huraian Hill mengikut kefahaman aku...hihi). Akhir sekali, Perancangan yang tersusun merupakan kayu ukur dalam menentukan berapa lama matlamat tu dapat dicapai dengan sepenuhnya..


Hmmm..banyak lagi aku nak kongsikan ni, tapi kalau nak tau lebih lanjut bacala buku ni, lagi puas hati kan. (manalah tau, ada maklumat yang aku salah tafsir...hehe..) Bagi aku, chapter 8 ni memang best tapi kena baca sampai habis kalau nak "absorb" semua ilmu yang Hill huraikan. Sampai di sini dulu buat masa ni, semoga pembaca blog ni dapat belajar sesuatu daripada post ni. Aku tinggalkan korang dengan petua Jamie Novak (lagi dari bukunya Make Time For Life) tentang cara untuk membina habit yang baru. Semoga kita semua berjaya membina habit baru yang sihat dan cemerlang.... Adios...




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails