TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 19, 2009

Home » , , , , , » Napoleon Hill : Think and Grow Rich Ebook Review

Napoleon Hill : Think and Grow Rich Ebook Review

Salam sejahtera buat pembaca blog yang aku tersayang...(hehe..). Sorry lama aku tak update blog ni.. Bukan apa, bz habis buat paperwork ba...hehe....Aku harap korang semua sihat walafiat ja, jaga diri hiasi peribadi dengan memakai topeng muka, hehe...(but i'm serious, jaga laa kesihatan tu..jangan sampai darurat baru mo pakai. p/s: peniaga pun jangan la ambil kesempatan jual topeng muka sampai rm5 satu, melampau la kan) Hmmm, banyak yang aku nak cerita minggu ni, nak bagitau fasal ebook yang aku baru baca, classic ebook yang ditulis oleh Napoleon Hill..(ada suda free download dia, buku dia memang malar segar sepanjang zaman..) Mungkin ramai yang dah baca buku ni, siapa-siapa yang dah baca ble la kita berkongsi pendapat kan.

Okies sebelum tu, aku nak cerita sikit fasal latarbelakang Napoleon Hill. Dia ni seorang penulis Amerika dan merupakan salah seorang yang menerbitkan literature moden berbentuk kejayaan peribadi. Think and Grow Rich merupakan karya beliau yang sangat terkenal dan masih merupakan best-selling book sehingga kini...kalau nak tau jugak, buku ni aku dapat pun lepas aku beli ebook Dr. Irfan Khairi yang bertajuk Mentor Jutawan, yang aku rasa memang tak berbaloi harga buku ni dengan isi kandungan dalam ebook tu. Bayangkan ada 8 orang millionaire yang nda kedekut ilmu berkongsi pahit manis dalam kehidupan dorang. Aku belum habis baca lagi ebook ni, baru sampai bahagian Dato' Dr Fadzillah Kamsah...nanti la aku kongsi lepas aku habis baca okies...mo buat rumusan lagi ba.hehe...mo cari perbandingan antara dorang ni...(kalau aku dapat detect la..hehe..) Kalau nak baca sendiri, ble la lawat ke http://offto.net/mentorjutawan/.

Back to the topic..secara keseluruhannya, buku Hill bertajuk Think and Grow Rich ni lebih menekankan kepada kekuatan kepada kepercayaan diri sendiri yang berperanan besar dalam menentukan kejayaan. Hallmark Hill yang terkenal, "What the mind of man can conceive and believe, it can achieve." Poin utama kebanyakan buku-buku hasil tangan Hill menghuraikan lebih kepada pencapaian yang sebenarnya terjadi, dan formula kejayaan tersebut yang boleh dicapai oleh manusia sederhana serba serbi. (macam cantik ja ayat aku ni...huahua...)
Buku ni diterbitkan pada tahun 1937, memang klasik habislah ayat-ayat dia ni...dan kadang-kadang huraian dia out of date (memang la ba kan, tulisan ni kan ditulis zaman dia) Walaupun 235 pages (buku fizikal setebal 259 pages), tapi orang yang membaca ebook ni perlukan kesabaran untuk baca ebook ni sebab isi kandungannya terlalu wordy. Jujur aku cakap banyak terminologies yang aku tak faham, tapi aku terus ja baca sampai habis, (bukan mo pegi exam jugak kan..hehe). Lebih jujur lagi, ada chapter yang aku skip sebab otak aku nda sanggup menerima figure of speechs a.k.a bunga-bunga bahasa yang hebat dari Hill ni...Pheew...Terutamanya chapter 11 : The Mystery of Sex Transmutation. Apapun, kita kan boleh belajar apa saja, yang penting aku dapat satu point penting dari penulis unggul ni ok la ba kan. Walaupun ayat-ayat yang ada ketinggalan zaman (sorry to say..) tapi idea dia, TIMELESS.... Idea yang disampaikan bercorak praktikal, iaitu cara untuk mengawal fikiran dengan penuh kerendahan hati (nda dapat cari perkataan yang tepat ba..huhu..) Jadi nda heran la, sampai sekarang pun konsep Hill masih digunakan...dan lebih best lagi sekarang ni ada revised version lagi untuk generasi abad ke 21.

Hmm....Our Mind Indeed is Powerful (ayat aku sendiri..hihi..). Secara keseluruhannya, buku ni dah masuk dalam senarai favorite book bagi aku..memang kesan lepas baca ebook ni untuk aku ada rasa terawang-awang sikit, hehe....Nda ba, macam aku rasa banyak lagi kelebihan otak aku yang belum dimanipulasi...dan aku kagum dengan Hill, tengok gaya penulisan dia pun memang orang yang kuat membaca...Ntah berapa juta suda buku yang dia baca. Oh ya, ada lagi satu yang aku nak kongsi, lagi tentang masalah prokrastinasi dalam buku Hill ni dalam chapter 8: Decision: the Mastery of Procrastination. Tetapi disebabkan masalah tertentu (sebenarnya post ni dah terlampau panjang)...aku sambung di post akan datang. Okies, akhir sekali, ayat dari Napoleon Hill, " Your big opportunity may be right where you are now. ~ Napoleon Hill" Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke titik noktah ni.

* image source: http://www.askmikelive.com/, retrieved on 17th of August 2009

1 comment:

DS said...

Good news... Napoleon Hill International Convention 2010 is coming to Kuching, Malaysia on 24 & 25 June.
For more detail, please log on to www.nhic2010.com or email me at dony@gr8dreams.com

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails