TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, September 1, 2009

Home » , , , , , , » Merdeka : Suatu Renungan

Merdeka : Suatu Renungan

Merdeka, Merdeka, Merdeka...M E R - D E - K A..tapi adakah kita benar-benar merdeka dalam erti kata yang sebenar? Aku bersyukur dilahirkan sebagai anak watan Malaysia zaman pasca-merdeka ni. Yup, masa kini adalah hadiah untuk golongan muda-mudi sekarang. Jadi, kita kenalah menghargai setiap masa yang kita nikmati sekarang. Memetik kata-kata nenek kesayangan aku (sebelah mummy), "Kau orang semua ni mesti bersyukur dan berterima kasih kepada orang-orang yang berjerih-payah mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, dulu kami orang, lagi-lagi orang perempuan, masa orang jepun datang sini, hari-hari hidup dalam ketakutan dan tidak dapat tidur lena walaupun masa itu mengantuk betul...takut orang jepun ambil kami, rogol kami dan bunuh kami. Nenek pada masa itu memang fikir, nenek tidak mau hidup lagi kalau kena tangkap dan kena rogol oleh orang jepun..nenek dan beberapa orang lagi kawan perempuan nenek bertekad untuk mencabut kesemua gigi kami. (masa aku dan adik-adik aku dengar, terkejut betul kami...apa tidak, sakitnya kalau cabut gigi tu, apalagi kalau cabut semua gigi dalam masa yang sama...adui, nda dapat dibayangkan..). Masa itu umur nenek baru belasan tahun, tapi semua gigi sudah tiada, manalah lawa kan, macam orang tua kerepot suda, pipi semua masuk dalam, haha... (nenek ketawa dan kami pun ikut ketawa sama..berabis kami ketawa..hihi). Jadi selamatlah nenek dan kawan-kawan nenek yang lain daripada menjadi mangsa nafsu serakah orang-orang jepun masa tu." (p/s: Nenek aku bercerita dalam bahasa dusun ok, adalah sikit-sikit campur bahasa melayu, jadi aku dapat tangkap apa isi cerita yang nenek aku sampaikan masa tu dan ayat ini aku olah dalam bahasa aku sendiri..)

Ada satu perkara yang aku belajar daripada cerita nenek aku ni. Kerana ingin menjaga maruah diri, nenek aku sanggup mencabut kesemua gigi dia. Kalau aku masa tu, macam sayang pula mo cabut semua gigi, mo bunuh diri berdosa pula, mungkin aku kasi botak kepala ja la, lepas tu letak arang banyak-banyak di muka sampai comot...biar orang jepun takut sebab nampak macam alien...haha... Tapi sekarang, harga diri wanita semakin kurang diambil berat oleh perempuan, samada masih virgin dara a.k.atau tidak bukan lagi menjadi isu utama.(well, isu mangsa rogol, dan mangsa penderaan seks tolak tepi). Janganlah ikut budaya barat yang mengatakan bahawa kalau tidak hilang virginity lepas 16 tahun dianggap sebagai abnormal. Kita ini masyarakat timur (bukan orang Timor Timur okies..). Kita ambillah yang baik ja daripada masyarakat lain, yang tak sesuai tu nda payah la sibuk-sibuk mo buat...walaupun kita ni taklah baik sangat, tapi janganlah lebihkan yang jahat. Sederhana lebih baik (ubahsuai iklan Rexona : terbalik lebih baik...hihi...)

Okies, rasanya itu saja yang aku nak kongsikan untuk pembaca blog ni pada kali ni. Aktiviti-aktiviti aku hujung minggu ni teda apa-apa yang luar biasa, aku cuma menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti di gereja sebelah Tuaran, Inanam dan Likas. Akhir sekali, salam perpaduan untuk semua rakyat Malaysia, Selamat menempuhi bulan September ini dengan jayanya, tingkatkan prestasi, lonjakkan kredibiliti..kerana masa cepat berlalu...semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang....

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails