TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 6, 2009

Home » , , , , , , , , » Make Time For Life ?

Make Time For Life ?

Salam sejahtera buat pembaca blog aku yang tak seberapa ni, minta maaf laa lama tak menjenguk blog ni...bukannya apa, banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Hmm...semua orang di SKTM(fakulti aku) dah sibuk dengan kes H1N1, setakat ni dah 3 orang yang disahkan dijangkiti influenza A H1N1, semuanya di sekolah aku. Masa aku tulis post ni aku belum ada simptom-simptom virus tu lagi...mudah-mudahan aku tak kena la, supervisor aku pun dah guna topeng muka aku tengok pagi tadi. Yang paling aku kesian...mummy aku yang kerja di hospital Likas, sudah pun dia staffnurse di sana, hari-hari terdedah dengan bahaya, apalagi bila mummy aku bagitau dah 2 orang doktor yang disahkan positif H1N1 di hospital....risau aku. Semoga Tuhan sentiasa menjaga mummy kesayangan aku tu. Apapun, buat semua pembaca blog ini, rajin-rajinkanlah basuh tangan tu, pastu pakailah topeng muka kalau jalan di tempat awam.

Hmmm...semalam aku baru ja beli 3 buah buku, lepas berjumpa kawan-kawan aku yang nak pegi Labuan keesokan harinya. Semua buku yang aku beli tu buku motivasi, almaklum-la aku ni kurang motivasi...hehe... Setelah hampir 2 jam lebih membelek-belek buku-buku yang ada di kedai buku Popular(sambil-sambil kira bajet, hehe..), dapat juga buku yang aku suka. 2 buah buku berbahasa melayu dan sebuah dalam bahasa Inggeris. Aku baru ja menghabiskan buku pertama bertajuk "Make Time For Life" yang ditulis oleh Jamie Novak, best-selling author yang juga merupakan seorang personaliti TV a.k.a penceramah yang dinamik. Ada 208 mukasurat semuanya, memang best dan tersusun ayat dia, senang nak faham...Siapa-siapa yang rasa diri dia stress memang sesuai sangatlah baca buku nie..hehe... Satu persamaan Novak ni ngan aku ialah, dia guna perkataan "a.k.a" untuk setiap chapter dalam buku ni...hihi..

Aku nak kongsi sikit pembacaan aku mengenai topik "The Problem of Procrastination" yang ditulisnya. Masalah prokrastinasi ini adalah suatu pembaziran masa yang sangat besar yang mempengaruhi hidup seseorang individu. Maksudnya, ada suatu perkara yang sepatutnya kita lakukan, tetapi muncul suatu halangan yang menyebabkan kita menangguhkan perkara tersebut. Terdapat beberapa contoh yang dikemukakan oleh penulisnya, Novak(2007) iaitu:

1. Old thought: I'll do it when I'm in a mood
New thought: Do it now, do it right, do it once.

2. Old thought: I'll start tomorrow
New thought: There is no time like the present

3. Old thought: I work better under pressure
New thought: I can relax if I get it done and over with right now.

4. Old thought: I'm too busy to do it.
New thought: I'll make the time to get it done

5. Old thought: I should do this
New thought: I choose to do this.

Pheww...., ini baru sedikit yang aku quote dari penulisan dia..semuanya betul dalam konteks diri aku sendiri...Hanya satu cara kita dapat lawan masalah ini..."Just start whatever it is you want to do but are delaying. You cannot finish until you start."~Jamie Novak.. Kalau boleh bagilah deadline dengan benda yang perlu kita lakukan dan utamakan terlebih dahulu. Susah jugak kalau nak ubah tabiat yang memang dah sebati dalam diri kan. Tapi tak apa, aku akan cuba praktikkan, kena banyak kali baca buku Novak ni, baru laa semangat nak berubah tu tak akan dingin. Sebenarnya ada banyak lagi pasal prokrastinasi tu tapi siapa yang nak baca boleh la beli dekat bookstore yang berhampiran. Tiap-tiap minggu beli topup handphone, berkorban la sikit kan nak beli buku. Ilmu tu penting, tapi tak guna juga kalau tak praktikkan ilmu tu kan...jadi baca ja tak cukup...kena buat juga... Okies, buat pembaca blog nie, aku undur diri dulu (lain macam jak bunyinya...hehe...) dengan mutiara kata yang tidak diketahui sumbernya, juga dari buku tulisan Novak ni, "Unless you try to do something beyond what you have already mastered, you will never grow".

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails