TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 3, 2009

Home » , , , , , , » Nak Bayar Hutang???

Nak Bayar Hutang???


Hutang? Bila masa aku berhutang ni? Kan aku belum kerja lagi...Hehe...Betullah kata orang, melanjutkan pengajian tu adalah satu pelaburan jangka panjang. Aku rasa, campur segala kos sejak aku hidup di dunia yang fana ni, aku rasa parents aku dah keluarkan wang yang kalau dihitung, ble beli kereta ferari (kalau bawa balik kampung aku, dah selamat masuk workshop...hehe...)

Sekarang ni, dah hampir 9 tahun aku belajar di institut pengajian tinggi selepas tamat SPM. Jadi ble la guna jari2 tu untuk kira umur aku sekarang ni..hehe.. Belum sempat aku masuk konvo untuk dapat ijazah pertama aku, aku dah bergelar pelajar pascasiswazah...uisyeh...bangga gila la time tu, (tapi bukan riak tau, hehe..). Aku tak tau kenapa time tu rasa berkobar-kobar pla nak sambung belajar, padahal aku langsung takda kawan yang nak sama-sama sambung belajar. Mungkin otak aku ni masih ble terima ajaran(bukan ajaran sesat tau...hihi)

Ok, kembali kepada isu membayar hutang ni, time aku diploma dulu aku buat pinjaman dengan MARA lebih daripada 30K, masa degree 17K,banyak kan. Kalau dapat kerja aku rasa bayar hutang ja la jawabnya. Tapi aku bersyukur sebab dapat conversion daripada MARA, jadi aku kena bayar 2.9K ja (baru habis bayar...melayang duit, huhu...). Baik hatinya MARA ni, lebih 29K diorang bagi pengurangan. Semoga MARA ni akan bertambah-tambah la dana simpanan dorang. Lain kali nak pinjam lagi, hehehe... Sekarang ni, tengah fikir2 macam mana nak bayar hutang ptptn pla...rasa rugi sebab x sambung balik pinjam loan ngan MARA...Lepas ni kena la jimat2 guna duit & jadi freelancer buat kerja sampingan...nak bayar hutang, nak bayar hutang (ikut gaya P.Ramlee, hehe..)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails