TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 22, 2009

Home » , , , , , , , » Lelaki Hebat 2008??

Lelaki Hebat 2008??

Salam sejahtera untuk pembaca setia blog aku ni, kepada yang tersesat ataupun terjumpa blog aku ni, aku ucapkan terima kasih kepada service SEO yang wujud di dunia siber nie..hehe...Tapi malangnya, hari ni aku baru tau RSS aku ada masalah, itu pun lepas ada orang bagitau..kalau tidak mungkin aku terlepas lebih ramai orang yang nak subscribe blog aku ni untuk follow post baru aku...huhu...Nanti aku fix secepat mungkin okies, sebab masih lagi dalam "Retrieving Feed" status...

Hmmm...hari ni aku terlambat bangun jadi tak dapat la aku tengok fenomena Gerhana Matahari separa yang berlaku 8.23 pagi tadi...semalam aku time aku tengok berita, cerapan gerhana matahari di kawasan di Kangar, Perlis adalah yang paling baik. Ingatkan nak tengok la kununnya macam mana keadaan matahari di sabah ni, nampaknya tak ada jodoh nak tengok gerhana matahari (macam aku ada teleskop ja kan...manalah ble tengok guna mata kasar kan, lain la kalau aku ni superman, haha..). Tak apalah, yang penting aku kena tulis dalam diari peribadi aku, sebab ada gerhana matahari separa lagi yang diramalkan akan berlaku di malaysia (tapi tak tau di mana laa...) pada 15 Januari 2010.

Okies, cukuplah fasal gerhana matahari ni, aku sebenarnya nak kongsi 2 lagu yang bagi aku best la. Tajuk dia "Cinta Tak Bertuan" dan "Untuk Mencintaimu". Baru dengar beberapa hari yang lalu..bagi aku melodi ++ lirik yang simple && bersahaja. dan, aku paling suka muzik yang ada iringan piano, hehe..Nama band Indonesia ni, Seventeen. Dengar ja nama group ni, rasanya tau la band ni adalah band untuk remaja...hmm...mungkin la. Band ni bukannya band baru muncul dari Indonesia, suda lama tapi baru sekarang popular. Ditubuhkan pada tahun 1999. Sebelum keluar album ketiga dorang ni : Lelaki Hebat 2008, dorang 3 tahun menyepi. Lepas tukar vokalis, genre lagu bertukar, lagu pun lebih terarah kepada pop. Tak sia-sia juga perubahan yang dorang buat, sampai la aku pun kenal dengan band ni sejak tahun lalu. Tapi aku tak berkenan la dengan cover dorang ni... Pada pendapat aku, kalau dah tukar vokalis baru, bagi tunjuk la bah muka kan.. Just an opinion of mine...Adios...

p/s: again, thanks to sunsuron

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails