TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, July 18, 2009

Home » , , , , , , » Finding Four-Leaf Clovers: and other precious things in life

Finding Four-Leaf Clovers: and other precious things in life

"Hari ini, kita selesaikan pertarungan kita...", wakaka..ayat ni yang aku still ingat lagi sampai sekarang. Sebenarnya ayat trademark ni terjadi time aku & family aku masih bermastautin di Lahad Datu lagi.(bagi yang tak tau tu, untuk sampai ke Lahad Datu dari terminal KK memerlukan masa 7-8 jam untuk sampai...termasuk masa time rehat di check-point laa..). Ayat ni adik bongsu aku yang cakap time berlakon dalam drama keluarga kami yang diberi tajuk "Pembalasan Di Kebun Sayur" dengan aku sebagai director a.k.a cameraman, adik pertama aku sebagai lighting-man dan adik kedua dan ketiga aku sebagai pelakon utama, dan parents aku sebagai penasihat tak bertauliah..hehe... Opss..sebenarnya bukan itu yang aku nak ceritakan hari ni, aku nak cerita fasal sebuah ebook yang aku baru baca semalam lepas siap buat progress report, tajuknya ialah "Finding Four-Leaf Clovers: and other precious things in life". Oklah, walaupun semua orang tau apa benda clover tu, aku nak bagitau juga..haha.. Clover ni adalah sejenis tumbuhan kecil yang mempunyai bunga berwarna pink ataupun putih dan daun berwarna hijau. (Tapi jarang orang nak cari bunga dia ni, orang cuma nak cari daun dia ja...pelik a.k.a ganjil tapi diakui ramai..hehe...)

Ebook ni ditulis oleh Roberta MacDonald, naib presiden syarikat Cabot, ringkas dan padat isi buku ni...9 mukasurat ja(untuk orang yang dapat fokus sekejap ja dalam bab baca-membaca-pembacaan ni memang ngam betul laa...hehe..). Secara ringkas, isi kandungannya menceritakan tentang macam mana nak cari daun clover...mestilah bah yang ada 4 daun. Mesti semua orang tau apa maksud clover ni kan...lucky & luxurious..(orang kata..). Mungkin ada sejarah kenapa 4 leaves clover ni jadi simbol lucky + luxurious kan. Tapi hanya satu kemusykilan aku, ada jugak meh daun clover di Malaysia ni??

Pertama sekali yang kena perhatikan adalah pemakaian, biarlah rasa selesa untuk bergerak. Lepas tu, mulalah mencari daun 'bertuah' tu di kawasan terbesar bunga clover tu tumbuh. Kalau tinggal kawasan bandar, pilih la tempat yang banyak kawasan berumput (bukan lalang tau...sebab kawasan tu selalu dikunjungi oleh binatang ternakan..adui, takkan la nak cari di sana, faham-faham laa, hehe..). Waktu mula mencari yang paling baik adalah apabila ada cahaya matahari... "Fours have a habit of going to bed early and close their leaves at dusk." ~MacDonald. Perlu diingatkan juga kalau time cari daun 'bertuah' tu, mesti pertimbangkan jugak orang yang lalu-lalang di tempat kita tengah sibuk-sibuk cari daun clover tu. Yala, mana la tau diorang report polis sebab kelakuan mencurigakan..huhu...

Aku rasa siapa yang dapat daun clover bertuah ni memang orang yang penyabar habis. Kalau aku, nampak ja berjuta-juta daun clover, dah rasa payah yang amat. Tips dari MacDonald, jangan tengok satu per satu daun clover tu (boringnya tu..) sebab ianya akan membuatkan kita hilang sabar. Jangan terlalu fokuskan mata semasa mencari, sebaliknya lihat daun-daun clover tersebut dalam lingkungan satu kaki segiempat sama. Lihat sekilas pandang, penglihatan kita akan menjadi 2 dimensi dan daun-daun clover tadi seperti berada di atas suatu permukaan rata. Inilah rahsia mengenalpasti Clover Berdaun Empat, hehe... (aku baru tau...hihi)

Wah, nanti ada orang bosan plak baca penjelasan panjang lebar aku ni. Sori laa, teruja sangat nak cerita. Ada sedikit lagi aku nak tambah, time nak cari tu, gunakanlah peluang tu untuk mengenalpasti apakah yang paling berharga untuk kita dalam hidup kita ni, tak kiralah tentang kerjaya, percintan ataupun perancangan masa depan. Apapun yang fikirkan, di manapun minda kita membawa kita melayang, buatlah satu tanggapan positif untuk menemui sesuatu yang berharga yang dapat menjadi refleksi diri kita. Bagi aku, orang-orang yang setia berada di samping kita, keluarga, dan teman-teman yang menyokong kita pun adalah merupakan daun-daun clover 'bertuah' dalam hidup kita...cuma kadangkala kita tak sedar dan kurang menghargai kehadiran mereka.
Best jugak kan cari daun bertuah ni, aku ingat aktiviti ni membuang masa ja, rupanya ada simbolik yang sangat berguna buat kita semua. Hmmm...bila la aku nak pegi oversea ni, aku pun nak cari daun clover "bertuah" aku yang pertama, pastu aku letak dalam frame, hehe... Ok la, itu saja yang aku nak kongsi untuk kali ni...Selamat mencari 'Clover Bertuah' anda...yang sebenarnya mungkin hanya berada dekat di sekeliling anda....

4 comments:

Mahmood said...

Your blog is very nice. The photographs are very beautiful. Wish you all the best. God is Great.

http://foto-tricks.blogspot.com

:: bluedianthus :: said...

Thanks...happy blogging to you... ;)

farra said...

wawa..aku pun mo cari daun clovers ni..hehe..

:: bluedianthus :: said...

Bah, jangan lupa bagi aku satu bila ko jumpa nanti ah.. ;p

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails