TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, July 4, 2009

Home » , , , , , , , , , » Ada apa di sebalik tarikh lahir kita?

Ada apa di sebalik tarikh lahir kita?

Aku baru ja menghabiskan sebuah ebook percuma yang ditulis oleh seorang yang memang rajin mentelaah dan mengkaji benda-benda berkaitan dengan tarikh lahir ni. Penulis ni pernah menempuh cabaran hidup selama 4 tahun di Amerika Syarikat, jadi aku rasa ngam sangat la dia tulis ebook ni. Tapi apa kaitan dengan tarikh lahir ah? Life skills and Surviving skills laa...(bukan aku yg cakap tau, penulis tu yang cakap...heheh...)


Ringkas ja laporan ni tapi sangat menarik sebab ada proses kira mengira, hehehe...Ops, biar aku bagitau awal2, ini bukan ebook untuk menilik nasib ok (pinjam ayat penulis ebook ni, hehe..), bagi aku, ebook ni lebih kepada memotivasikan diri aku sendiri, tak kisah lah apa yang diterangkan penulis tu betul atau tidak untuk karakter aku ni, sebab penulis tu mengaplikasikan apa yang dia dah buat, research laa gitu kan...jadi tak wajarlah kalau ada orang yang nak complain "mengarutlah" ataupun ayat2 sarcastic macam "wah, hebatnya ahli nujum ni". Walaupun mungkin sesetengah yang aku baca tak kena a.ka. tak padan dengan karakter yang aku ada, tapi sekurang2nya aku dapat mempelajari sedikit tentang konsep metafizik (fizik?? aku memang flop poppy bahagian ni, huhu...), teori phythagoras, numerologi dan se'fesyen' dengannya, hehe... 11 pages ja ebook ni, pastu kena ajar macam mana cara nak mengira nombor asas tarikh lahir lagi...bestnya...Siapa2 yang berminat nak laporan percuma ni ble la lawat link ni http://mytarikhlahir.com/ (amboi, suka betul kalau dengar perkataan percuma ni kan..)

Hmmm...nombor asas untuk tarikh lahir aku = 1 (klu aku tak silap kira laa, hehe..) Pastu huraian untuk nombor asas aku ni, "Pemimpin, Berdikari, Bersendirian, Menarik Pengkhianat, Cemburu"... Aku rasa semua karakter tu hampir menyerupai karakter aku. Aku jadi pemimpin? Hehe..mungkin time aku buat divine services di gereja ja la.. ;) Berdikari...aku rasa ya, sebab aku la orang yang teramatlah berdikari dalam family aku (puji diri sendiri untuk motivasi peribadi...hikhik..). Bersendirian? Aku tak pasti bersendirian dari segi apa, tapi apa yang terlintas di fikiran aku mula2 tengok perkataan 'BERSENDIRIAN' ni adalah dari segi pasangan hidup. Kalau betul apa yang aku fikir, memang aku angkat bendera putih la, aku sekarang ni masih lagi meniti zaman solo...wakaka...(habis laa klu bersendirian sampai ke tua, suda nasib badan). Tapi kalau dalam konteks lain, aku rasa aku tak bersendirian dalam erti kata sebenar (adui, ayat tu bah!!hehe...). 



Ni yang aku tak suka ni, MENARIK PENGKHIANAT? Betul ke? Harap-harap aku dijauhkan dari semuanya itu. lastly, cemburu...aku memang seorang yang kuat cemburu, sangat pencemburu, dan terlalu cemburu...wakaka...agaknya itulah sebabnya aku masih BERSENDIRIAN...sebab aku ni kuat cemburu dan menarik pengkhianat...aduhai!!!




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails