LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Thursday, January 26, 2012

1 Link Blogroll Bernilai RM120

Pemiilik Bluedianthus Dot Com diapit oleh kedua orang adiknya, sambil meminta angpow..haha..

Aku sebenarnya masih berbelah bagi samada nak terbitkan ataupun abaikan saja perkongsian yang ingin aku ceritakan kepada korang semua yang membaca blog ini. Aku pun nak minta maaflah sebab dah seminggu lebih tak update artikel di dalam blog ini. Kalau aku bagi alasan pun korang mesti takkan percaya punyalah..hehe.. Tapi sebenarnya aku sedikit sibuk kebelakangan ini..sibuk dalam erti kata sebenarnya, double time busy! Apapun, belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina di tahun naga ini. Semoga kita 1Malaysia dapat tuah yang banyak. Mudah-mudahan..

Apapun, aku percaya dengan niat perkongsian yang betul, akan memberikan sumber motivasi kepada semua orang yang membaca entri ini. Begitu juga aku berharap semangat korang dalam berblogging akan terus meningkat selepas membaca entri pada kali ini. Niat aku ikhlas ingin berkongsi dengan apa yang aku harungi dalam berblogging, walaupun kejayaan itu tidaklah sebesar mana, tapi ianya cukup memberikan sentuhan sentimental kepada aku yang kini hampir 3 tahun bergelar seorang blogger, kononnya..tapi jarang nak update blog kan.

Artikel kali ini, korang akan banyak melihat screenshots sahaja. Bagus juga sebab ia membantu aku untuk tidak menulis terlalu panjang, backup baik punya..hehe.. Mungkin rezeki di atas derma untuk Unicef, aku pun tak percaya akan mendapat rezeki sebegini. Screenshots kat bawah ni lebih kepada kronologi bagaimana salah satu blog aku mendapat "rezeki tak sengaja" dalam arena cari duit online dan aku harapkan ianya menjadi inspirasi kepada blogger yang baru mula berkecimpung dalam arena blogging ini. Amaran: Screenshot ini banyak...hehe..

Wednesday, January 18, 2012

United Nation dan Unicef: Apa yang perlu kita tahu?

Minggu ketiga bulan Januari, aku agak sibuk sehingga esok. Kerja-kerja underground pun terjejas juga sikit. Aku minta maaf dengan customers aku yang sabar melayan karenah aku. Selepas Rabu ini akan aktif kembali menyiapkan tugas yang telah diamanahkan. Minta maaf ye. :)

United Nations adalah satu organisasi antarabangsa yang ditubuhkan sekitar tahun 1945 selepas perang dunia kedua. Anggotanya adalah terdiri daripada 51 buah negara yang memperjuangkan kestabilan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mewujudkan hubungan rapat sesama bangsa serta memastikan taraf hidup dan hak asasi manusia dilindungi. Ada gaya pembaca berita tak aku cakap tulis ni, hehe...

Unicef (United Nations Children’s Emergency Fund) pula adalah sebahagian daripada badan United Nations. Unicef ini ditubuhkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada kanak-kanak khasnya mereka yang hidup selepas perang dunia kedua. Selain daripada itu, Unicef juga memberi bantuan kepada kanak-kanak yang menghadapi bencana alam seperti banjir, tsunami, tanah runtuh, taufan dan banyak lagi. Terbaru adalah kejadian seperti yang baru berlaku di negara Filipina. 

Wednesday, January 11, 2012

Kemaskini Nuffnang Januari 2012

Salam Rabu untuk semua pembaca blog ini. Hari ini aku sedikit moody. Sebabnya tak perlu aku canangkan di sini. Apapun, hidup perlulah diteruskan dengan lebih tabah dan bersemangat kan. Semoga korang juga sama. Apalah erti hidup ini jika tiada masalah yang perlu dihadapi kan? Mungkin ada yang tidak suka aku selalu menunjuk-nunjuk screenshot Buffered Earning(BE) ataupun Metered Earning(ME) dalam blog ini. Ok, ini adalah satu cara aku menunjukkan rasa terima kasih aku kepada pihak Nuffnang kerana memberikan aku BE. Bila aku dapat BE, aku akan kongsikan apa sebenarnya iklan BE yang diiklankan oleh Nuffnang. Bukan aku main letak screenshot dan terus mula membangga diri sebab dapat banyak BE setakat ini. Korang nampak huruf BE ni pun mungkin dah cuak kan. My bad..minta maaf... Untuk blog Bluedianthus Dot Com ini, aku belum sempat mengumumkan BE baru iaitu BE ke-61, DIGI Year End Sales II Special, dah jadi metered earning..hehe..

Buffered Earning ke 62 dan 63

Ini adalah satu lagi blog aku yang mempunyai Alexa 25juta lebih dan trafik sekitar 10-20 sehari, update pun rasanya sebulan sekali, huhu... Aku pun tak tahu macam mana pihak Nuffnang menilai blog untuk diberi BE. Apapun, aku berterima kasih kepada Nuffnang untuk ehsan tersebut. Apapun, yang pasti blog tersebut niche peribadi.
Related Posts with Thumbnails